sekarang manyak sibuk la..buat tu buat ni..sekarang baru ada masa nak menjenguk..baru bukak je dapat tiba-tiba bang ben buat segmen la..best..best..mari la join segmen BEN ASHAARI
- Ceritakan satu peristiwa yang korang tak dapat lupakan berkaitan TERIMA KASIH
saya lupa nak berterima kasih kepada kawan-kawan saya yang banyak tolong saya
dalam macam-macam hal..saya takut nak berdepan dengan mereka sebabnya saya dah nak pindah sekolah..saya rahsiakan pasal perpindahan ini dari diaorang.saya
begitu jahat kerana terpaksa berbohong kerana sebab sebab tertentu.saya tak
sempat nak berterima kasih pada kawan baik saya yang tolong saya dalam pelajaran
hingga dapat second place dalam class..tak sempat ucap terima kasib sebab teman
pergi toilet. pergi buat kerja jahat..pergi merayau..belanja saya makan..belanja
tambang bas..saya jugak tak sempat nak ucap terima kasih pada cikgu-cikgu saya
yang banyak mengajar saya sehingga menjadi seorang yang penuh dengan ilmu
walaupun anak murid mu ni macam-macam perangai..ini la peristiwa yang tak akan
saya lupakan ;D
- Bagaimanakah nak menyemai sikap berterima kasih di kalangan kita ?
sentiasa mengingati kepada seseorang yang telah menyumbang
bakti, pertolongan kepada kita..seperti ibu bapa kita..anak anak harus sentiasa
mengucapkan terima aksih kepada ibu bapa kita kerana jasa mereka tidak dapat
dibalas hingga hayat akhir..wang ringgit bukan matlamat mereka..anak anak mereka
berjaya itu sudah cukup bagi mereka
- Ucapan terima kasih yang paling ikhlas korang pernah terima dari siapa dan apakah cerita disebalik itu ?
ucapan terima kasih dari seorang kawan kepada saya..saya hanya memberi sekecik
kecik hadiah buat dia..sebab masa tu poket sedang kopak..tapi dia sangat
menghargai hadiah tu..ucapan dia yang begitu ikhlas lagi tulus buat saya sampai
menitiskan air mata..
- Secara jujur , adakah anda terlupa mengucapkan terima kasih pada seseorang , hari ini ?
secara jujurnya memang saya lupa nak ucapkan terima kasih kepada
mak ayah saya..lagi nak berterus terang ni..saya hanya berterima kasih waktu
hari raya je..saya anak yang jahatkan..saya begitu malu nak cakap macam
tu..dah tak tau nak bendung macam mane..