ehsan mr.google, sori pinjam tak mintak izin dulu.peace ;D
i got an invitation letter from UTP for EDUCAMP PETRONAS untuk kemasukan mei sesi kedua pada 24 MEI.macam lawak kot bila teringat balik.siap lambat update pasal ni. Lepas interview, terus balik.macam kaki ni ringan dan tak pijak bumi bila selesai interview.jalan laju gila kat abah.YEAHHH abis dah..KAHKAHKAH.
Mula dapat tau that i have to go to EDUCAMP, seriously nak surrender."Abah tak nak pegi".tapi dah abah kata take it as ur experience.wheather i like it or not, pergi la jugak .perhhhh limpa macam nak pecah sebab dup dap dup dap.
Aku bersama abah tersayang gerak ke Tronoh isnin petang dan sampai ke sana around 7 sumthing. So, nak cari la hotel.Menonong je abah aku bawak kereta. terlepas sudah.cari pulak homestay.tapi bayar homestay, mahal tu sebab kira satu rumah.tapi cuba nasib call tuan homestay, mana tau ada bayar untuk bilik je. ok, bilik DONE!!. boleh la stay semalam, walaupun katil papan plus tilam nipis.bedal je la.
Check out pukul 7.15 pagi.pergi breakfast mamak.roti kosong plus kari.favourite aku patut ye.tapi sumpah bila dalam condition yang takut sume tak rasa.lagi pergi kedai mamak, ramai pulak budakbudak dengan famili dieorang yang nak ke UTP breakfast kat situ jugak. muka sume nerd control ayu, control handsome.aku makan pon tak lalu.
OK sampai depan UTP, kereta berderai-derai datang. nasib ade pokcikpokcik guard yang jaga.Berdiri segala bulubulu roma berdiri depan bangunan dewan canselor.mak oii cantik design.structure dewan pakai glass, so nampak moden habis.library paling aku admire.perhhhh buku nampak dari luar beribu riban.tu baru library belum yang lain.
Sebelum masuk dewan, kena beratur.aku biasa la..keseorangan beratur. muka tak berperasaan langsung.tengok dressing semua, woooowww kagum * mulut melopong, especially boys. ada muka yang aku hairan, budak ni umur berape, mature gila a'r.kalau rasa nak cari balak pon boleh.pilih je.HAHAHA.sampai pintu depan, ada sis bagi tag.nanti ada 5 group, A, B, C,D,E. tapi time aku ada 4 je.cepat kau beratur, cepat kau dapat group awal, cepat kau interview.cepat kau balik.conclusion nya macam tu la.kalau macam aku dapat C69. means aku group C dan orang yang ke 69 dalam group C.lepas tu kami kena briefing pasal educamp ni kalau group A dengan B interview pagi dalam pukul 11. yang group lain stay dekat dewan dengar talk about their foundation programme and bla bla bla black sheep.
sesi aku pukul 1.30.so dah lepas pot pet pot pet, pukul 12.30 group C dan D naik bas yang disediakan untuk ke masjib dan untuk NGAPPP la.kau jangan nak complain makanan erk.lauk kenduri kawin.makan depan masjid lagi.angin sempoi sempot. tekak sempot nak masuk makanan menanti pukul 1.30.tengok muka budakbudak yang dah lepas, macam ada NURRR CAHAYA.KAHKAHKAH. OK masa ye sudah tiba.DUP DAP DUP DAP naik tangga masuk bilik waiting room.Tiba-tiba ada orang panggil AISHAHH.ha sape pulak yang panggil aku ni. pusing kiri la budak sekolah aku rupanya.nak bagi tau, aku TAK TAU nama dia, tapi kenal rupa.aku hanya ingat nama budak cina yang sama kelas aku je.budak kelas lain tak tau nama.maklum it's so difficult to remember all their name.tapi well aku famous kan satu sekolah kenal.KAHKAHKAH *gelak bongkak ni.
then masuk bilik macam preparation room kot.ada banyak group atau dinamakan PANEL.satu panel ada 5 orang dan mix boys and girls. kalau korang duduk dengan geng korang satu sekolah, faci faci akan tau ok sebab mulut manyak bising.so nak sorok, buat-buat macam tak kenal.KEHKEHKEH.macam aku panel 6. duduk dengan 3 boys then 2 girls ler.girl aku sorang tu budak sama homestay yang sewa bilik sekali.RAFIDAH.then boys sorang nama WAN dua orang lagi india, aku tak sempat nak ingat nama.nama korang panjang.then dapat STUDY CASE.tajuk yang sama tapi soalan laenlaen.BIG TOPIC- INTERNET.internet ni relate dengan teenager.aku dapat "apa yang diperlukan untuk larang penggunaan internet sehingga ada fully-proof untuk web". lebih kurang macam tu la.mula ada la kena isi borangborang survey dan ada lagi la then baru start study case yang diberi. lebih kurang 10 minit untuk pikir without discussion in group sebab interview pertama adalah individu.
ha lupa nak cakap, macam aku kan panel 6.pastu dapat card D means aku orang yang ke-4.after 10 minutes, move to other room. semua muka cuak gilak.one by one masuk.anggaran paling lama masuk dalam 15 minit.kejap ada yang lama kejap ada yang kejap.fahamkan.HEHEHE.faci panggil PANEL C64.aku tu aku.RELAX.RELAX. interviewer suruh cerita pasal diri, famili, result SPM and trial, highest achievement, hobbies then baru pasal STUDY CASE.watch out, kalau tiba-tiba apa yang korang sebut tu something yang weird or interesting or sumthing that they never heard maybe, diaorang akan tanya.aku sendiri terkono.
Bahasa pengantar UTP , english OKEYH.please sharpen ur english.KAHKAHKAH.english aku pon tonggang-langgang, so cakap pon macam rojak petis la kat dalam. masa briefing, lecturer dah cakap, jangan tak cakap waktu interview, bedal je.campur pon suka hati la.tapi kalau dah guna 90% bm, chance nak dapat agak tipis kot sebab persaingan kuat sangat.dah lepas interview individu, akan ada interview secara group.ha kiteorang masuk bilik yang sama waktu interview individu.waktu ni mesti buka mulut.kau nak pangkah sesiapa pon boleh janji relate dengan tajuk jangan tersasar sudah.lepas tu si rafidah buat conclusion and semua setuju, so HABIS la jawab.
Keluar bilik rasa macam nak melompot plus menjerit.tapi control la.KAHKAHKAH.ada faci tu cakap, jumpa next sem.WAK LUU.baru niat je nak cakap.aku senyum je kat dia.aku tak yakin aku dapat.InsyaALLAH kalau ada rezeki, nanti dapat la tu.HAHAHA.mulamulakan aku memang gabra gilak, tapi bila dah sampai bilik menunggu, gabra tu tiba-tiba hilang. jadi kalau sesiapa yang akan pergi untuk sesi lain atau next year atau nextnextnext year, nasihat ye :
SELAMBA JE..
before balik, pergi masjid UTP dulu, solat jamak dulu.aku kagum ok dengan design masjid.naik tempat perempuan AIR-COND.haaaaaaaaaaaaaa sejuk ye.dah la kat luar panas.rasa macam nak tidur bila tengok makcikmakcik tu tidur.sori makcik mata saya tak boleh tahan tengok makcik tidur.SEKSA.KAHKAHKAH.kejam kau dalam masjid buat dosa.
nasihat untuk budak yang bakal ke EDUCAMP lain kali.ingat nasihat aku tau.rugi gilak tak bawak DSLR aku.adik aku dah rembat awal.aku bagi chance je sebab dia nak bergambar dengan kawankawan dia sebelum pindah ke sekolah lain.