f

Monday, December 26, 2011

NOVELmarathon

2 kate-kate kepoh

orang sibuk lari marathon tapi yang aku ni sibuk novel marathon.tapi ado aku kesah..setelah rasminya aku tamat menjadi pelajar sekolah menengah pada tigopulohharibulanduabelas yang lalu, aku tunaikan janji nak brainwash KEPALA yang penat "mentelaah la sangat buku" dengan novel novel yang buat aku berangan MAT JENIN MINAH JENIN.




mentang-mentang aku dah habis sekolah, asyik kena perli dengan abah aku je..tak pe bah..ke
cik hati anakmu yang comel ni*blink blink....tapi i still love u la, abah..ye la mane tak kena, baca novel boleh abis katam satu hari, tapi time study dulu punya la payah nak abiskan buku rujukan..siap kena pulun..tapi ape kesah..tu cerita lama..cerita tok kadok kan..



aku kalau dah layan novel, memang layan terus la..siap feeling feeling lagi.untuk merasakan feeling tu aku mesti berlakon aku ada di situ dalam setiap novel tu.kalau aku marah tu, sampai adik aku bising suruh diam, marah punya pasal dalam novel, aleh aleh aku yang kena.nasib je tak kena bambu dengan penyapu.kalau tak habis muka saya yang comel ni*bluekkkkk




sebelum tu terima kasih bebanyak banyak to my angkat sister..huahua..my ex bio and math teacher, my lovely, beautiful, pretty, gorgeous, solehah sister.and SECOND BEST person after my parent. MISS SITI MARIYAM ISTAMAR yang sudi bagi pinjam semua novel ni..adik comel mu ni jaga novel ni dengan baik tau sampai siap balut sekali. rindu gila nak tengok muka kak yam..kehkehkeh.saya tak de kakak tu yang buat kakak angkat ;P




baju biru kak yam yg comel and shawl rainbow aishah yang comel ;D








7HARI MENCINTAIKU by Siti Rosmizah - one word TERBAEKKKKKKKKKKKK.
tangkap leleh aku baca novel ni.dah la aku baca part half lagi nak habis diiringin okestra mp3 lagu OST Ombak Rindu si Hafiz dan Adira lagi mencurah curah ayok mata.sebenarnya aku ni kadang kadang kaki jiwang karat jugak, tapi kadang kadang la..kehkehkeh..dari sebelas novel balun ini yang terbaekk...sampai aku repeat baca dua kali dalam satu masa..tak ke bengap jugak aku ni..memang beremosi betol kisah diaorang.tapi basic cerita ni kawin agak paksa jugak la.kalau dalam ombak rindu lelaki yang jiwa keras tapi novel ni terbalik tapi perempuan yang keras.drama di mane si lelaki terpaksa ikut kemahuan rakan baik ayahnya mengahwini anak gadisnya di saat tunang perempuan ni melarikan diri.ketabahan lelaki yang sabar, tabah, menadah telinga mendengar kritikan, tuduhan, herdikan memang buat aku tangkap leleh.ending yang sangat sangat sempurna antara hero dan heroin serta famili yang cukup cukup complete.







7LAUTAN KUCARI CINTA by Nass Alina Noah - Buku pertama yang aku buka setelah sekian lama aku tinggalkan novel sebab nak fokus pada SPM.sumpah novel ni macam tak logik sikit*ni pendapat aku je, korang tak tau la.aku tak nak kene sue nanti.lilaks la dulu.tapi novel ni besttttt.Heroin ye sumpah berani mati kahwin main rembat je sape-sape yang dia jumpa dekat tepi longkang.and the thing is LONGKANG tu yang busuk tahap gaban tu jadi tempat percintaan.nasib baik rembat lelaki kaya kalau rembat bangla jual karpet, makan apa la .tajuk ni tujuhlautan sebab heronye dah pusing sampai tujuh laut pon tapi masih utuh dengan cinta yang dia jumpa di LONGKANG.jadi sapa-sapa yang teringin tu, try la pegi tepi lon
gkang mane mane and then mane tau sakut pulak dengan mamat kaya ke..ni case KALAU..kalaudapat amin..nanti jumpa aku makan nasi minyak nanti.










BAJU MELAYU HIJAU SERINDIT by SYUD - aku sebenarnya tertanya-tanya hijau serindit tu macam hijau warna baju melayu kat gambar tu ke?? sebab ye aku cuma tau hijau lembut, hijau cair, hijau biru laut, hijau pucuk pisang, hijau blablabla..sebelum ni belum lagi dengar hijau serindit.bertambah juga voca bahasa melayu aku...daripada otak berkarat..kehkehkeh..novel ni kan novel ni kan heroin ye upah someone untuk jadi her boyfriend tapi orang yang dia upah tu orang yang memang suka sama dia.upah ayok liur je la.tapi memang sangat sweet penulisan SYUD buat aku berbunga bunga soflan.heroin main jual mahal sekali sangkut sudah..yang aku tabik macam mane ayahnya test hero tu..kena jadi imam tu..mak aku baca juga buku ni, terus cakap " mak nanti nak suruh balak -balak akak jadi imam jugak la, siap baca AL QURAN sekali".ye kan aje la. itu pon kalau ado balak ye mak..









MENUNGGU HUJAN by Adileah - kisah seorang gadis yang bekerja sebagai pembantu rumah menjaga nenek yang kaya raya tapi diabaikan oleh ahli-ahli keluarganya.hero mula tertarik bila si hero yang merupakan cucu yang ke 50 balik nak ziarah neneknya.tup..tup..tup sa
ngkut cintan sama maid sendiri.ni bukan sebarang maid, ni maid ade degree class punyeee..nenek sudah suka, cucu sudah suka, tapi parent si hero la pulak tak suka, jadi terja
di la pelbagai pancaroba tsunami sebagainya.tapi novel ni aku suka heroinnya merendah diri tentang education.perlu ke kita canang kite ni itu ini itu ini, akhir sekali lingkup.pakcik aku sendiri bila orang tanya kerjaape..dia jawab kerja kilang je, tapi sebenarnya orang berpangkat besar dalam PETRONAS tu..kesimpulan:
biar jadi orang rendah,
tapi bermaruah,
jadi orang tinggi,
biar berbudi pekerti






TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH by Orkid Edyliyne - cerita lebih kurang macam novel atas tapi lebih lemak berkrim.cehh wahh.. novel ni banyak tentang korean, sampai heroinnya belajar banyak bahasa termasuklah bahasa korea.yang aku suka heroin ni adalah ketua chef di sebuah hotel milik famili nya yang larikan diri daripada kahwin dengan tunang nya yang kaki betina.lepas lari jadi maid pulak tu kat rumah orang kaya..dramatik sungguh.aku suka sikap berani mati perempuan ni menentang anak boss tu..lepas tu novel ni kata hero macam Xiah DBSK.aku try la tanya pak GOOGLE aku.handsome tuuuu tapi bukan taste aku..cehh poyo kau sha..novel ni buat aku nak try cari kerja kat rumah orang orang kaya, mana tau sangkut dengan anak diaorang tak pon sangkut dengan ayah nya pon tak pe, janji ado..kehkehkeh




BINI AKU TOMBOY KE? by Arisa Eriza - sumpah aku gelak golek golek bace novel ni.bab 18XX yang macam *@#%^& buat kat makcik polis pulak tu.kelakar habis.lepas tu yang best tu si ABG DIN yang rasa dia GAY memang kelakor.sikap cemburu buta dua lelaki yang rebutkan si TOMBOY memang buat aku gelak tak ingat dunia..lepas tu cara hidup selepas kahwin memang sumpah aku tertanya ada ke orang buat??.mesti la ada, kalau tak de masakan ada cerita tentang tu...nak tau baca sendiri la..





CINTA YANG KURASA by Anis Ayuni - pehh siapa tak kenal Anis Ayuni ni, bagi tau sikit..meh aku aku bagi tau..dia seorang novelis popular tu..agak agak kan dah berapa riban dah ada dalam bank orang orang yang tulis novel ni.ok..pandangan orang lain lain.. so pandangan aku pon lain jugak la.kalau aku la tahap buku ni OK la mungkin aku masih tahap budak KOTT tu yang kureng paham cerita berat.tapi ada orang kata best jadi baca dulu baru judge o
k..tapi yang aku baca kisah cinta yang sungguh dramatik dan pengorbanan yang membawa ending yang bahagia






SAYANGKU MERAJUK by Ayu Emelda - cerita ni not bad jugak kisah seorang isteri di tinggalkan tanpa khabar berita seorang diri kat luar negara, pregnant pulak tu..ish ishh..geram
betul time bace tapi sebenarnya ada sebab lelakinya tinggalkan dia.dan sebab itu dirahsia dari isterinya walaupun lelaki tu dah berjumpa balik dengan his wife.wife mane tak
mengamuk tahap cipan bila kena tinggal sebabi buta mcm tu..tapi si suami masih memujuk dengan pelbagai cara meskipon dgn bantuan ibu mertua dan adik ipar







RAHSIA HATI by Nazurah Aishah - wahh nama aku ade jugak sesat situ..walaupun sesat janji hado..cerita ni memang aku marah abis la..aku kalau baca novel aku bayang aku kat situ..drama betul..punya sabar makwe tahan perangai buruk balak dia, cemburu punya pasal si laki ni pergi rogol.tak ke &*%$, ish aku marah betul, lepas tu si lelaki ajak kahwin, tapi makwe nye tak nak sebab marah punya pasal.gadis ni sungguh bijak sebab lepas kena rogol terus pergi hospital untuk prevent pregnant.tapi yang lagi aku marah, bila lelaki ni cakap kat parents perempuan tu diaorang terlanjur.perhh kuongajor betul pada hal dia yang rogol bukan rela pon..tapi aku tabik sikap laki tahan sabar marah perempuan tu bila diaorang kawin, but endingnya korang yang baca tahu la




MENCARI -SUAMI@JS.COM by Normaslina Masri - Tergelak jugak aku dengar nama tajuk ni..buat masa sekarang aku tak jumpa lagi iklan ni..kalau ada bagi tau tak..nak tengok jugak..mana tau boleh buat sample..huahuahuahua..tapi lelaki yang berjaya ke peringkat akhir selepas di tapis adalah bekas pakwe dia.kalau aku pon marah, bila kena tinggal..tiba tiba datang carik balik.kuangajak betol..

Monday, December 19, 2011

JODOH PILIHAN KELUARGA *menangis tengok

5 kate-kate kepoh
selak punya selak FB aku yang ditinggal buat satu hari..aku terjumpa satu video ..ya allah tuhan sahaja tahu perasaan aku...sumpah aku tengok video ni aku nangis.mungkin aku terlalu banyak baca novel yang cerita agak sama tapi kisah ni terjadi secara realiti.



kalau ini terjadi pada aku, sumpah aku tolak habis-habisan tapi lepas tengok video betapa besarnya kuasa ALLAH.bagaimana cara ALLAH nak protect hambanya.



video ni mengesahkan seorang sweet sweet sweet girl yang ditentukan jodoh oleh parents menerima jodohnya kerana ALLAH, IBU BAPANYA dan dia sangat yakin dengan keputusan itu walaupun dia tak kenal langsung mamat tu


tengok je la..aku sendiri tak tau nak kate ape








p/s: aku harap jodoh aku jugak jodoh yang barakah dan boleh sampai ke JANNAH ;D
dan aku harap aku dilindungi oleh ALLAH daripada melakukan maksiat

Friday, December 9, 2011

ENTRY HOT: PENEMUAN TERBARU YANG KORANG TAK JANGKA

0 kate-kate kepoh

ni aku tengok dengan kepala lutut aku sendiri








memang sangat dahsyat











menggerunkan









mengiurkan*tak kot









SPEECHLESS!!!!


question mark Pictures, Images and Photos


tekan la sini kalau korang nak tau ape dia..

Friday, August 12, 2011

AKU JUMPE TORRES DEPAN MATE!!!

3 kate-kate kepoh




Assalamualaikum dan apa khabar komo komo semua.sihat tak..mesti la sihat..tengok gaya korang bukak pose pon dah tau..ha hambik kau makanan berbukit-bukit..air berjag-jag..aleh-aleh makan sikit je..*puiii aku la tu..


Selamat berpuasa,selamat berbuka puasa, selamat baru nak puase, selamat berimsak, selamat membatalkan puasa kepada orang-orang yang berkenaan..kehkehkeh..bia satu ayat je..


Mungkin ape yang aku nak luahkan mungkin sudah basi..tapi korang tak tau kan kualiti basi tu gred ape..A . B . C. D..............Z.korang nilai la sendiri.ini kisah perjalanan aku yang serba ringkas lagi padat dengan gossip...bermula awal tahun sehingga la sekarang



25 DISEMBER 2010


Berpindah dari rumah tumpah darah lahir adik-adik ku bukan aku..aku mula hidup di rumah itu dari darjah 3 iaitu zaman compang comot, tudung senget, balik je sekolah kotor je baju sebab kene ice-cream Malaysia yang jual duapuluhsen, zaman main tiang waktu rehat dekat sekolah agama, main lari-lari sambil angkat-angkat kain...sila la sambung sendiri..kembali sudah..aku berpindah ke rumah sewa dan berjiran dengan nenek ku sendiri..pagar kasi kopak habis buat laluan senang keluar masuk..tak payah nak lalu pagar besi...rumah sewa hanya la sementara sebelum rumah sebenar-benar-benar-benarnya didirikan



3 JANUARI 2011...kot (bukak sekolah)


Pertama kali jejakkan kaki ke sekolah yang penuh asing sesangat-sangat lah..sekali masuk..betis-betis yang putih mahupun gelap terhidang di depan mata..*ayat macam tuiii..seperti alien yang baru sampai bumi..SPEECHLESS!!!..entah..mase tu blurr,mengelabah, cover jadi perempuan terakhir,hipokrit , takut semuanya ada mase tu..before masuk sekolah, dapat tau aku lah pelajar melayu yang masuk ke bidang sains stream..ok lah..itu biase aje rase..ingatkan ada la budak melayu lain..tup..tup..tup..dengan muke blurr ye mencari class ku..dan akhir ye jumpe..ape lagi budak-budak ye pon pelik bin ajaib la..tibe-tibe ade alien yang cute ni masuk..*sile lempang laju-laju..so ade la bertanya jadi aku pon jawab la ape yang patut..dari td dieorang dok tanye mengalahkan pakcik polis jage balai polis,aku pon tanye la balik..dengan penuh tata bin tertib la aku bertanya..”saya dapat tahu ade budak melayu lain..siapa dia?”..dpt jwpn “mana ada, awak sorang saje budak melayu dalam class ni”...perhhhh mase tu buat muke terkejut kuda la..aku siapa tanya ulang-ulang kali..mase tu terase menggigil satu badan cume tak kena Parkinson..



Pertama kali jejak ke class baru..ingatkan nak duduk belakang tapi..aku pergi berdiri kat belakang macam nak nyanyi lagu Negaraku..tibe-tibe amoi banyak cute panggil aku..”awak duduk depan sini”..laju macam lipas kudung aku pergi..duduk depan sekali dengan papan hijau sebelah meja cikgu..pehh memang kena jadi budak baik la..hari pertama budak sebelah sembang dgn aku pasal K-POP..aku bukan seorang yang obsess dgn k-pop tapi masih seorang yg up to date bukan katak bawah periuk..jadi aku pon layan kan aje..



Nak lagi best..aku dengan pertama kalinye di beri mandat dari class yang tercinta 5D2..menjadi penolong kelas...mase kena calon tu..aku macam orang hilang akal...tak tau nak buat ape..aku ikut je rentak dieorang..kang sembur aku yang kene balik..dah la budak baru dah berlagak..aku tak nak dilabelkan sebegitu rupa.lepas tu aku di bagi senarai nama budak oleh ketua...perhhh jenuh nak menghafal nama dieorang...nama Chinese dah la panjang tapi tak panjang mane sebab nama aku paling panjang dlm list name tu.36 name Chinese aku kena hafal..memakan mase sebulan jugak nak ingat...antara aku keliru ONG JING YIN and ONG JIN YING..ini ade la 2 orang...care aku nak ingat dengan dgn tulisan dieorang..bengong tol..



SEKARANG..BULAN 8


Alhamdullillah, syukur kehadrat illah, aku menjalani hari-hari dengan penuh tabah.terus terang la sememang ye aku memang menjadi “pelakon” di situ..aku cuba untuk tak jadi someone else, aku nak jadi real AISHAH ok.mungkin factor kawan membuat aku jadi begini..di sekolah lame, aku menjadi real AISHAH..seorang yang berani, yang jahat lagi kejam juga sekali sekala, seorang yang cakap lepas, dan suke gelak tak ingat dunia..tapi bila di sekolah baru, aku berubah 180 darjah..aku jadi kurang bran, jadi sangat baik kot, sekarang cakap control ayat dan nak gelak pon aku control..ini semua berlaku hanye di dalam sekolah..tapi bila aku keluar sekolah, aku jadi orang lain...mungkin aku jadi lebih faham erti hidup selepas aku bergaul dengan cikgu-cikgu yang aku jadikan kakak angkat, jadi mentor dalam hidup, dn juga guide line untuk aku Berjaya dlm sekolah tu..denga adenye dieorang..aku ade tempat untuk dijadikan tmpt nak dgn luahan hati..sebelum tu cikgu-cikgu ni bukan mak mak orang ni...kalau mak mak orang jd kakak angkat aku memang tak kena la..dah la cikgu-cikgu ni bawak aku mane-mane sahaja..tu yang sayang lebih tu..


mereka antara anugerah yang ditemukan untuk aku bg menghangatkan hidup aku

aku, mira, afrina, kak yam a.k.a cikgu biology ku di sekolah


Sekarang aku menggalas tanggungjawab yang amat amat la berat sebagai waris tunggal tunggol tunggil form 5 aliran science stream untuk dptkan 10 A..bila di fikirkan memang tak tercapai akalku..*dah macam lagu elyana..kadang-kadang rase nak lari je..bile cikgu-cikgu harap pada aku memang sesuatu beban yang berkilo-kilo beratnya..tapi ape ape pon aku kene move on..aku tak boleh give up dan allah akan bagi something special kalau ape yang kite buat perlulah ade usaha dan tawakal..kalau pakai doa tak usaha memang tak jalan la mak bedah oiii..




dan aku tak kan lupe pada kawan-kawan dolu-dolu yang sentiase menceriakan, menghangitkan, menghangatkan hidup aku..tak kan aku lupe punye..KITE KAWAN KAN?? ;D




P/S: weyh tajuk tak de kene mengenakan..huahuahuahua


Wednesday, August 10, 2011

lambaian tangan

4 kate-kate kepoh

mukadimah untuk entry pertama setelah beribu-ribu jam di tinggalkan untuk kembali berblogging.mari la kite menyingkap sejarah lalu, yang mane aku berhenti blogging bila mulanya persekolahan bagi 2011.yang mane terlalu banyak hal yang memaksa aku berhenti dari berblogging..antaranya:

  • kena potong internet sebab problem dengan line..ade orang curi cable..kentot tul
  • ketidakhadiran broadband yang sungguh lambat nak dtg.sebenarnye tunggu promosi..sekarang baru dapat
  • faktor M yang menebal yang sememang sudah tertempek dlm diri ni
  • kekosongan idea nak menulis tetapi sebenarnya berlimpah-limpah idea*pelik kan
  • stress yang melanda diri kerana perlu berlakon setiap hari*sampai org kate aku dah kurus..huahuahua..aku SUKE GILE..tapi bila timbang same je angke..
  • sebagai seorang pelajar perlu limitkan hiburan..propa semata-mata
  • faktor suka bola sekarang walaupun malaysia dah kalah tapi tetap bangge.*boleh terima tak alasan ni
  • dah nak pindah rumah baru..rumah betul ye..bukan tipu-tipu..ORIGINAL lagi TULEN
  • PALING PENTING DAH NAK SPM


GAMBAR DI ATAS MENUNJUKKAN KEHIDUPAN AKU.KORANG BELEK LA GAMBAR TU.MEMANG TAK LAWA SEBAB HITAM KAN??CAKAP JE TAK YAH COVER..AKU SEDAR SEMUA TU..TAPI ADE AKU KESAH..JANJI AKU KENAL SAPE AKU..

P/S; akan kembali kisah ku di dunia ASING

Thursday, March 24, 2011

TERHENTI

1 kate-kate kepoh
BERHENTI SEKETIKA.
JIKA CAHAYA MENULIS MUNCUL, MAKA AKAN KEMBALI LA DIRI KU INI.
KEHKEHKEHEH

Wednesday, January 12, 2011

tekanan mendatang

9 kate-kate kepoh
aku hampir putus asa nak teruskan semua ni..aku terpaksa kuatkan diri..aku tak nak jadi seorang yang lemah..tapi aku rase tak mampu..even aku tak mampu aku terpakse mampukan..
menjadi orang asing begitu memenatkan..mendiamkan diri pon penat..lagi best bercakap..tapi aku sudah jadi seorang pendiam..ape dah jadi sekarang...nak teruskan kerja-kerja jadi tergendala kerana takde tempat nak bertanya nak meniru..satu yang asing terjadi..aku berubah menjadi baik dari sebelumnye..yang dulunya bising tahap dewa sekarang bisu seribu bahasa...

aku hanya minta pertolongan dariNya supaya diberi kekuatan.supaya tabahkan hati aku..supaya aku tak titiskan air mata semata mata kerana ni.aku mesti tabahkan diri untuk mencapai apa yang aku nak..bangun bangun bangkit dari mimpi..

Saturday, January 1, 2011

Syurga Besar Ke Syurga Kecil

11 kate-kate kepoh
Awak awak saya sudah balik..suke tak suke tak..saya tau awak menyampah sama saya..tapi saya tak kesah..kehkehkeh..tolong la..sorry la nak menggedik seminit..maklum la boleh menggedik dekat korang je..yela member member menggedik sekali dah takde..disebabkan aku yang berpindah rumah..terima kasihnye awak awak sebab sudi menanti saya*ade ke yang menanti??..bajet ade la..

Meh nak cerita kisah syurga ku ni..kate orang

“RUMAHKU SYURGAKU”...betul ke??..boleh la dikatekan syurga sebab tempat tidur, tempat makan minum, tempat berakbiritcirit la sekali hajat, tempat study(tolong bayangkan).takde syurga ni mane la kite nak duduk..tak kan nak merempat tepi jalan..tak de class la...


25 disember tanggal seluardalam tarikh keramat aku pindah keluar dari half bandar half kampung ke full kampung atau pekan la...yang half kampung dan bandar disebabkan kampung yang aku duduk kire dekat jugak dengan KL..naik bas nak LRT naik kereta sekejap je sampai..tapi masuk full kampung tau tau je la..mane ade shopping mall besau besau kat sini...dulu berdiri dongak keatas sekarang tunduk kebawah..ibaratnye..tapi kire okla..dikatekan billion, sakan tu ade la jugak..boleh la usha usha..kalau paling dekat dengan rumah kedai ahseng je belakang rumah...kehkehkeh..dulu kedai bang bob la..kedai mak minah la..kedai kubu gajah la..nama semua melayu tapi sekarang kedai cina keluar maaa.


barangan di dapur sebelum di angkat


barang diangkat dari petang ke malam baru habis atas lori sewa



Untuk pengetahuan..aku berpindah ke Sekinchan, Sabak bernam...ha gelak la tu..mesti ingat sinchan kan...kehkehkeh..sebut je la sebab aku sendiri suke sebut sinchan..korang tau punya mane sekinchan ni..ala arah nak ke sabak bernam tu pastu nampak sawah padi terbentang luas bak lautan hijau tu la SEKINCHAN..tak tau jugak sila carik dekat google..mesti ada punye..tak jumpe gak den tak tau la nak tolong cam ne...Sekinchan adela pekan yang majoritinye cina...tapi ada la jugak melayu dan india tapi sipi sipi la.dalam kes aku syurga sementara aku ni kawasan taman boleh dikatekan melayu boleh kira pakai jari je..dalam baris rumah aku lebih kurang lebih sepuluh rumah tapi hanye empat rumah melayu dan satu rumah india..dan yang lain cina la..


rumah asal di kuaters guru


Nak dijadikan cerita nak tau tak jiran aku sape..aku suke benau sebab suke buat berat aku makin tambah berkilokilo, buat aku asyik nak mengunyah je, buat aku jadi malas nak bergerak asyik nak mengadap tb je kalau boleh duopuluhempatjampertujuhhari tak nak bergerak langsung....kehkehe tapi ape boleh buat, ade rumah kena jugak la balik..rumah jiran aku ade pokok mangga..ha tu yang lagi meleleh ayak liur ni...boleh dikatekan hari hari ngadap mangga..dah la manis memang balon habis habisan la..lepastu tak cukup tu balon pulak pelam yang sipi lagi nak ajdi mangga cecah dengan sambal kicap..perhhh meletop kesedapannye wa cakap lu..bukan sikit berjibik jibik di balon..jiran saya atok dan tokwan saya la...sebelah rumah je...hanya dipisahkan dengan pagar dawai je tapi untuk menyenangkan kerja, pagar dawai di cabut jadi kiteorang tak payah nak lalu pagar depan, lalu sebelah sebelah je...hidup kami berubah..makan je pergi rumah sebelah, balik tidur rumah sendiri..bagus betul..


ni la rumah sekarang sebelah tu rumah atok aku la


ni la rumah kedua aku aka rumah atok aku



nanti aku akan sambung keadaan aku disekolah baru nanti..tak sabar nak sekolah isnin ni sebab aku dapat tau kelas aku ade sorang je melayu nanti campur aku jadi dua la kan..mohh makan ikan patin ni dekat sebelah rumah..kehkehkeh