f

Thursday, May 24, 2012

Bila dah jumpa, semua macam budak tadika

0 kate-kate kepoh
Assalamualaikum,

DATE: 24/05.2012


Since, aku dan beberapa kawan yang lain nak berangkat ke utara, selatan, timur, barat,we all have decided to make our last gathering before semua kemana-mana. Disebabkan kami dah lama tinggalkan sekolah kesayangan, ada yang dah tinggalkan selama 3 tahun, 2 tahun dan aku tinggalkan dalam setahun lebih.So kiteorg decide nak jumpa cikgucikgu kesayangan.AHHHHH rindu ye cikgu walaupun dulu suka kutuk belakang cikgu.*gigit kuku.alehh macam kau tak pernah buat.

Driver aku Miss Ayuni sebab dia ada kereta la.kita ni takde lesen lagi. jadi paksa orang jadi driver kita.HAHAHA.janji jumpa 11 lebih.tapi group aku lambat pukul 12 lebih.see macam mana janji melayu.bukan apa.driver kita ni sis yang baik,kena ambik her adik dulu baru boleh kemana-mana.

sampai je sekolah, terus ke bilik guru jumpa dengan another one group.ciumciumpelukpelukhaihai dulu. lepas jumpa cikgucikgu teacherteacher.ramai yang jumpa sampai tak ingat nama semua.tak guna punya murid.



di bilik kaunseling.having a counselling with mummy AKA Pn Masbah.poyo je kena kaunseling.aku lepas habis sekolah, ni la pertama kali jejak bilik ni.KAHKAHKAH.murid tak kenal untung.lagipon buat ape aku nak jejak sana.orang yang bermasalah je ke sana.tapi kali ni nak dengar pasal matrikulasi dan UPU.dengar nasihat nasihat sikit.okeyh la boleh masuk itu ini yang mummy cakap.




teacher norah merangkap PHYSIC teacher.Aku takkan tidur dalam lab selain buat experiment dengan salin nota.Kalau dengar teacher terangkan, adoi sampai berzikir la dibuat nya.tapi kadangkadang teacher best jugak.yang tak tahan kelas tambahan.sabar je la.tapi sebab teacher, saya dapat physic ok la jugak.malu nak cakap.*auww




cikgu paling aku suka suatu ketika dahulu.Teacher Science dari aku form 1 hingga 3.Kiteorang satu kelas memang ngam kamcing dengan teacher ni.Dia mengajar aku langsung tak mengantuk sebab suara dia nyaring okeyh.Kau nak tidur tak dapek la.lagi asyik nak gelak kot sebab teacher pandai buat lawak.Kami kamcing sebab kami kelas khas so kelas takde kongsikongsi.sepatutnya tak boleh makan dalam kelas kan.tapi kami guna kuasa teacher benarkan kiteorang stay dalam kelas waktu kelas.HAHAHA.padan muka pengawas.kiteorg langgar je dieorg,berani nak kacau kamikami.

our setia men.KEHKEHKEH.yang lain tak dapat datang


Teacher Bio
Salah satu cikgu d'best.berzikir jugak la dalam lab tu.cikgu tau aku sedang berzikir so dia bagi aku soalan.terkulat kulat menjawab.tapi kalau bab experiment aku paling expert.HEHEHE.nak riak sekejap.



Teacher Math


cikgu yang aku suka lawan kata.boleh tak cakap macam tu.ade la yang aku lawan.mane boleh bagi tau.tapi merangkap jam loceng dia bile waktu kelas dia dah habis.Latihan mak oi banyak.tak siap potong markah.hambik kau.




we meet our other students that further their studies in Form 6.kuhkahkuhkah la kami ni semua.jumpa sama kepala pulak tu.









lepas selesai di sekolah.lunch dekat bawah pokok di Kuang pekena ROJAK, ROJAK MEE, ABC, CENDOL DAN COCKTAIL.akibatnya hari ni aku selsema seterusnya demam..makan tak reti nak diam.tak habis habis bercerita.cilok ambik orang punya pon ada.sejarah sejarah zaman tok kaduk pon ungkit.gelak tak habis habis.selesai makan, menunaikan solat zohor wajib sebelum ke tempat lain.


ni je yang dapat dikumpul.yang lain ade hal KOTTT.


Lagi dua orang dah balik.kesian kau tak dapat femes.


Marissa- Kolej Matrikulasi Johor

Fazeera- Uitm Alor Gajah

Uitm Dungun

Uitm Jengka Pahang

Syamsuzzaman - UNITEN SCHOLARSHIP STUDENT

Faizah- Baitumal

Nadhrah- UIAM

Khudri - Kolej Matrikulasi Selangor

Ayuni - Kolej Matrikulasi Johor


Congratulation to them and to me.HEHEHEHE.Aku pergi Kolej Matrikulasi Perlis.Jauh melambung.Harap korang berjaya erk.Aku anggar mungkin kot kita tak jumpa selama 3 tahun.ni kemungkinan je.Raya pon susah nak jumpa.Nak kahwin nanti korang jangan lupa hantar kad even korang nak kahwin kat siam sekali pon.Inform aku.HAHAHAHA.



p/s:  dieorang semua buat DP facebook masing-masing.KAHAKAH.sebab aku paksa

Sunday, May 20, 2012

Puasa selama dua tahun

8 kate-kate kepoh




Assalamualaikum,Sekadar berkongsi ilmu








22 Mei 2012 bersamaan dengan 1 Rejab 1433 Masihi.


Barang siapa berpuasa 2 hari di

awal Rejab , seakan ibadah 2 tahun.

Barang siapa mengingatkan

orang lain tentang ini , seakan

ibadah 80 tahun :)

#Copy paste -- silalah ingat mngingatkan dan buat jika tiada keuzuran . Kalau stkt ingtkan dan tkde niat utk buat tk jadi jugak .

Wednesday, May 16, 2012

Aku lari dari sekolah dan rembat buku kawan soroksorok.best pulak bila buat.HAPPY TEACHER'S DAY

11 kate-kate kepoh
Assalamualaikum,



A teacher who is attempting to teach without inspiring the 

pupil with a desire to learn is hammering on cold iron. 
                                                                                                                                                                                 
                                                            -  Horace Mann -



Aku sedang layan Cikgu Timah Tukar Sekolah.   Scha Al-Yahya, Remy Ishak dan supercute talkative boy yang tak tahu namanya tapi selalu berlakon.Tele sempena Hari Guru.Not bad  sebab ni drama comedy.boleh nuntun samasama famili.Lagi makabah aku cikgu kan kan kan, so sesuai sangat sangat untuk diaorang.HAHAHA


Agak lambat entry ni post.malam malam baru nak wish Happy Teacher's Day.Tak beradap punya budak.Bila ingat balik, sudah dua tahun aku tak bagi hadiah dekat cikgucikgu.Dulu time kecik-kecik, sibuk "mak nak bagi hadiah apa? abah nak bagi ape kat cikgu?". menjerit jerit nak.gedebak gedebuk dengan adik berebut hadiah.kelakar ingat balik.Disebabkan mak dulu lebih popular dari abah, so my mom got many present from her students.Every years dapat.Kumpul punya kumpul makin banyak la.So solution untuk kitaorang adik beradik adalah RECYCLE.method paling MESRA ALAM.tak payah nak keluar duit dah.


Sekarang aku pikir balik, kenapa aku bengap sangat pergi berebut rebut dulu.buang karen je.Berebut nak hadiah.pada hal untuk cikgu bukan untuk aku.ha adalah.bukan seatkat recycle hadiah.mak aku recycle pembalut hadiah sekali.jimat kos.SAVING is important for future kan kan.HAHAHA.kiteorang la tu future ye.disebabkan my mum mengajar sekolah rendah.budak tocik tocik.comei comei.senget senget.tudung selekeh selekeh. hidung hingus hingus. main tiang kat sekolah agama.main kejar kejar.PEACE macam aku la tu..so kalau sekolah rendah ni, budakbudak mesti bagi hadiah punya.tak kira la besar ke kecik je.janji bagi.anakanak mak aku yang untung.


kan mukadimah aku panjang.disebabkan aku agak dikatakan budak baik.wekkk..ada siapa siapa nak bagi penyepak boleh beratur sekarang.tapi betul la.aku tak kan bagi masalah besarbesar kat cikgu sebab aku kat pelajar baik lagi sweet.*wink wink.kalau ada pon aku soroksorok.buat belakang cikgu.ada kes aku buat tapi mak ayah aku tak tau sampai sekarang.makcik aku sorang je tau.kalau  makabah aku stalk blog aku, then entah tak tau la.


Waktu darjah 3.aku ada buat benda gila.gara-gara aku tak bawak buku matematik.aku lari balik.nak di jadikan cerita.rumah aku agak jauh dari rumah.pagipagi abah akan hantar naik motosikal pergi taska sebab nak letak baju dengan beg.as you know, taska tempat budakbudak mandi makan sebelum nak ke sekolah petang ye.macam aku petang ke sekolah kebangsaan.sebelum masuk kelas, kami kami tunggu di kantin.semua siapkan kerja sekolah.sekali aku tengok buku matematik aku takde dalam beg.mak!! mak !!! takde buku.puas selokar tonggang terbalik beg aku buat.


Dengan keresahan yang melanda ditambah ketakutan tiba-tiba, i make a idiot decision.dalam kepala ni, nak buku nak buku.aku mintak kawan aku teman kan balik rumah.DIANA.yeahh that name.aku ingat sampai sekarang.mula mula kitaorang jalan je.aku jalan punya cepat.aku marahmarah dia cepat la cepat la. sekali aku tengok jam, arghhh lambat.aku lari sepantas yang mungkin.aku tinggalkan kawan aku tu macam tu je.pikir la macam mane perasaan dia.tapi aku tak pikir apa.janji buku.aku melintas jalan besar.punya banyak kerata.aku redah.alhamdulillah ALLAH panjangkan umur aku lagi.sekali sampai rumah, i'm so lucky.makcik aku ada kat rumah.habis aku kena marah.mak abah aku tak tahu.


Sampai sekolah lepas dihantar oleh makcik aku, aku bersama buku dan bersama senyuman penuh keseronokan masuk dengan selambanya.sampai kat kelas.kawan aku tu nangisnangis.Cikgu aku cari aku tanya aku pergi mana.aku jawab la.sekali cikgu tu cerita.Diana cakap awak kena culik dengan negro.Ha aku terkejut.Diana cakap belakang aku ada orang negro.pastu dia tengok aku hilang.sebab tu dia kata aku kena culik.sorry babe, aku buat kau macam tu.sampai sekarang aku lost contact dengan budak darjah1-3 sekolah lama aku.sorang pon aku takde disebabkan aku pindah waktu cuti sekolah.


Lepas masuk kelas dengan hati yang lega gila, cikgu math mintak buku.HA waktu tu bangga riak la ada bawak buku.cehh padahal lari balik rumah ambik buku.sekali ada jugak budak tak bawak.yang aku kesal gila.cikgu marah sikit je.ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH AKU BENGANG GILA.kenapa aku lari semata mata nak ambik buku.benda paling bodoh aku buat.macam mana budak baru darjah tiga pikir tinggi melangit macam tu.


tu baru darjah tiga.waktu aku form 5.bunyi macam dah lama habis sekolah.padahal baru enam bulan je.subjek math and addmath aku agak lambat nak siap kerja.bila tiba subjek math babbab terakhir yang agak susah, aku pon susah hati.bila teacher suruh siapkan exercise book and submit that book on same day, aku gabra.yang aku buat adalah aku buat lambatlambat.yang dah siap boleh hantar.waktu tu ramai yang dah siap.so mereka submit la.aku nak siap macam mana kalau aku tak tahu nak buat.yang tak siap boleh hantar awal pagi sebelum 7.30 am esok.





nak dijadikan cerita, aku memang selalu datang awal ke sekolah sebab abah aku cikgu jugak.kehkehkeh.jadikan aku masuk bilik guru, then pergi meja teacher, then ambik salah satu buku, HA apa lagi mula subjek tiru meniru.sepantas mungkin aku buat janji siap.dah siap, tengok line bagus sikit, aku masuk dan hantar balik.keluar dengan hati yang gumbira.selalu jugak buat macam tu.korang jangan ikut pulak.tu baru subjek math.subjek ADDMATH lagi teruk.sumpah aku sangat bengap dalam addmath.langsung tak tau nak start macam mana.blurrr. kosong. kosong.blank. yang tolong aku, adalah budak sebelah aku.her nama SIEW HIAN.aku buat muka tebal nak tiru dia.tapi takla tebal sangat.sebab dia tiru aku waktu bahasa melayu.so guna sistam barter la.Syukur alhamdulillah math and addmath aku A.tiru tiru mesti masuk otak.jangan setakat tiru je.tak guna.buang masa je.






Aku lambat wish tapi ada aku kesah.I want to wish to my beloved parent Cikgu Azli and Cikgu Norlizah.They were the first teachers in my life.and memang diaorang real punya cikgu.sekarang mengajar anak-anak cina sebab dah ada sekolah cina je kat sini.HAHAHA.and to my beloved sister Cikgu Siti Mariyam Istamar.thank u for being my mentor, my sister, my biology techer, my tuition teacher and my guideline.thank you sebab bagi rasa ada seorang kakak dan bagi saya merasa jadi adik.ohh one more thank you sebab bagi pinjam segala novel novel.and to all my teachers yang mengajar aku dari Tadika Islam, Sk Sungai Buloh, SK Merbau Sempk, SMK Bukit Gading dan SMJK Yoke Kuan.Terima kasih kerana menjadikan anak murid mu ini boleh sampai ke tahap sekarang.




CIKGU SUHANA AND CIKGU SITI MARIYAM





p/s:Tajuk macam ngek sikit "_"

Sunday, May 13, 2012

FIRST TIME JADI PENGAPIT.KAHKAHKAH

2 kate-kate kepoh
Assalamualaikum

Another 17 to 19 days more , I will say HELLO to PERLIS and say BUBYE to SELANGOR.WHY?. yang dah tau, diam diam je la.yang belum tahu, buatbuat tahu.peace *kenyit mata.nantinanti la aku cerita.

Yang nak cerita, barang dah lepas.tapi orang kata barang yang lepas jangan di kenang.Tapi aku bedal je la lepas ke, melepas ke janji redah kasi pecah.KAHKAHKAH.

Lagu Jar of Hearts dibunyikan oleh Christinna Peri tibak-tibak kedengaran.HARU bahasa melayu kau.SMS masuk SMS masuk."aishah tolong kak nadia jadi pengapit kak nadia masa malam berinai.jap je.Kawan kak nadia ada hal malam tu".ayat sudah digabungkan setelah beberapa SMS.jenuh aku bagi alasan tak nak, tapi tak berjaya.hati tak kental nak tolak permintaan mokcik.


Actually, kak nadia hanya mokcik sedara.cousin abah aku.aku pulak cicit pertama dalam famili.rasa kelakar bila aku ada pokcikmokcik sedara umur dua tahun, darjah satu,dua,tiga sampai tigabelas pon ada.yang sama umur pon ada.tapi panggil guna nama je.agak tak beradab tapi apa boleh buat dah biasa macam tu.


Majlis start dalam pukul 8.30, pengantin perempuan terus nak pelamin bersama pengapit nya la.SAYA LA TU.bukan setakat mengipas pengantin dengan aku aku sekali aku kipaskan.panas tu.lain kali letak la stand fan.pastu laplap peluh pengantin.elokelok kena lap bukan sental.habis pulak make up tu.mula-mula dimulakan majlis dengan marhaban berzanji berjanji.mak aku siap cakap, ha akak ingat berzanji tu time kahwin.arghhh mak lambat lagi lerr.lepas tu ada cukur jambul baby.baby dibawa mengelilingi makcikmakcik dalam bulatan.comel sangat budak tu.tak sempat nak tangkap gambar baby tu.gambar lain ni pon adik aku yang tangkap


makcik-makcik marhaban








sedang nebes kot.huahuahua



aku siap bual-bual lagi.pastu acik tu kate jangan cakap-cakap.hahaha.kena tegur,.padan muka






Mulamula kata baju hitam atau marron.Jauh perjalanan aku mencari.Sekali dah beli, bertukar warna pulak sebab pengapit lelaki takde baju hitam atau marron.PANAS je.tapi nasib baju tu tambah koleksi untuk aku ke PERLIS.sekali kak nadia bagi baju lama dia.redah je aku pakai janji tak bogel.




size baju.arghhh.hate it!!
time orang renjisrenjis aku pon kena sekali.nasib baik wangi bunga rampai tu



SEE i have make a stupid face.tengok balk gambar macam tuihh.tapi yang lawak, nenek ni siap suruh adik aku cuci gambar ni.aku gelak tak berenti





seterusnya, majlis dodoi kot nama ya.best ye jadi budak tu.sedap tidur sambil dengar orang marhaban.indah.nyaman.aman.tenteram.itu yang boleh digambar kan kalau aku jadi baby tu.hahaha.tapi adik aku kata budak tu tak tidur pon.kau kenapa tak tidur.kalau aku dah lena dah.sekali aku tengok jam pukul 11.30 dah.perhhh lama gila,kaki aku lenguhlenguh.tangan apa la lagi


Buaian yang dihias sederhana.



balik rumah.tidur nyenyak gilak sebab penat punya pasal.esok ya kenduri pulak.nasib baik pengapit sekali je.kira dah selesai pratical.so sesiapa nak dapat perkhidmatan pengapit, boleh la calling calling.charge boleh dirunding.HAHAHA.


Assalamualaikum ;D