f

Friday, December 17, 2010

Pendaftaran AutoPing di BlogLarian FB

7 kate-kate kepoh
Pendaftaran AutoPing di BlogLarian FB:

Assalamualaikum...



Kepada semua penghuni rumah sewa BlogLarian, BlogLarian kini sudah ada di FaceBook dan kami akan menyediakan khidmat autoping en3 untuk anda. Anda hanya perlu membuat satu en3 dan melakukan perkara di bawah:



  1. Pastikan blog anda sudah tersenarai di BlogLarian SUDAH

  2. 'Like' BlogLarian FB SUDAH

  3. Buat satu en3 bertajuk ' AutoPing Entri di BlogLarian FB' dan letakkan banner di atas dalam en3 anda SUDAH

  4. Letak no rumah anda dalam BlogLarian RUMAH NO 8

  5. Kongsikan keburukan atau kebaikan BlogLarian yang telah anda rasai (Ringkas je sbg feedback untuk admin) SCROLL KE BAWAH

  6. Komen di en3 ini berdasarkan format berikut.

    1. no. rumah

    2. link en3 anda

    3. link feed blog anda cth: http://coklatchoc4u.blogspot.com/feeds/posts/default

  7. Penyertaan di buka hingga 24/12/10

  8. Beritahu jiran anda jika berkelapangan :)

Contoh en3 yang telah autoping seperti yang ada di hujung bawah sebelah kiri di BlogLarian. Anda juga boleh berkongsi pendapat di BlogLarian FB atau berkenalan dengan ahli BlogLarian yang lain di FB.

Sumber:

Furdunesia@nline

"


Keburukan

bile dah terlalu banyak..buat saya punye notebook stuck..masa tu dok maki maki je..tapi sayang sama bloglarian..saya tak salahkan blog larian sebab saya pakai notebook..kecik je..tapi tak tau la kalau pakai laptop besar laju je loading..lepastu bila klik mana mana blogg..tiba-tiba macam ada konsert yang macam-macam jenis muzik ada...adoiisakit telinga..last-last mute kan aja sound..then kadang kadang ada blog yang banyak widget..adoii memang tak la nak teruskan pembacaan..terus pangkah..tapi admin pasti boleh selesaikan ;D


Kebaikan

kebaikan lebih banyak dari keburukan..sudah tentu tempat paling senang nak berjalan-jalan, bersiar siar sambil mencuci mata dalam blog ni..menambahkan kenalan dan meningkatkan trafik blog saya..lepastu bloglarian makin lama makin maju..page sudah cantik..dan lebih teratur lagi kemas..apa kata tukar bloglarian.blogspot kepada bloglarian.com..senang orang nak carik..hehehe..itu pon kalau terima


Saya ucapkan syabas buat bloglarian kerana membuatkan hidup saya lebih bermakna*wah dah macam iklan tb

Thursday, December 16, 2010

Saya Nak Join Segmen Review dari Cik Tom

5 kate-kate kepoh



siapa yang tak kenal cik tom..baru lima bulan berblogging dah terkenal..tak macam aku..hampeh betul.Cik Tom nak buat review ni..jom sertai..klik je banner dekat atas..cepat cepat hanya 30 orang sahaja akan dipilih


aku paling suka tengok tutorial dan tips cik tom..banyak tutorial dan tips yang boleh membantu kita yang baru dan lama dalam dunia blog ini..tips yang paling aku suke yang ni sini.
aku jamin korang pon turut suka..ape lagi cepat tau ;D

Wednesday, December 15, 2010

Saya tak sangka coach kahwin jugak..terkejut beruk dapat kad kahwin coach

9 kate-kate kepoh


Berada di rumah berseorangan sekarang..sangat la tak best sebab takde orang nak masakkan lunch..ada sesiapa nak hantarkan lunch untuk adik manis ni..*muka mintak menyepak..tapi best jugak duduk sorang sebab boleh online lama lama takde orang nak kacau…tv dan laptop yang menemani aku..tv tengok aku..aku tengok laptop..dasar suka buat pembaziran elektrik je..siapa bayar, bapak aku jugak..huahuhua..nampaknye makan maggi la kau tengahari ni..

Cerita ni dah lama nak cerita tapi akibat perkataan ‘M’ tak dapat nak bendung tu yang sekarang baru la terkedek kedek nak cerita..ditambah dengan kepala kosong lampu mentol tak toing lagi tu yang susah nak bina ayat..lepas tu asyik nak join giveaway je tu yang asyik tergendala..sesiapa nak tau atau nak bagi tau pasal contest,giveaway or lucky boleh la klik . SINI

Ok sekarang baru nak mula cerita..korang ingat waktu entri yang paling pendek aku tulis pasal status: menghilang yang balik kampung..tak tau ke..tak tau gi la carik sendiri….ha masa tu bukan je balik kampung semata mata….banyak hal di buat dekat sana macam angkut barang ke rumah baru..lepastu melencong ke parit buntar ada perkahwinan..lepas tu balik la rumah….Sekarang ni nak citer pasal orang kawin la..pasal pindah rumah tu nanti..tu entri cecah lantai punya..

6 disember lepas aku sekeluarga melencong ke parit buntar, perak sebab coach aku kawin..coach ape erk..coach tennis aku dan adik beradik aku yang lima orang tu..kami adik beradik memang pemain tennis bagi daerah gombak tapi sungguh malang tahun depan kami dah takde..bye bye coach..semoga gombak terus maju..maju kan sukan untuk negara…bagi sesiapa nak tau lebih lanjut boleh klik SINI


Aku sekeluarga bertolak pagi dari Sekinchan ke Parit Buntar..jauh tu empat jam..bukan ikut highway ni ikut jalan dalam..betapa seksa ikut jalan dalam ..dah la jauh tapi memang laju la bawak kereta sebab tak banyak kereta tapi jalan macam ular..berpusing pusing..niat nak tidur tapi terbantut sebab kepala sudah pening..adoii..dah sampai sana pulak duduk dekat Parit Buntar Inn..adoii lagi la bilik kecik bayar mahal..nasib la tidur memang sempit..lepas tu dalam almari dua hanger je..sampai bapak aku kata ni la pertama kali hotel bagi dua hanger je..motel dekat taiping lagi puas hati..bilik dah la besar harga pon standard..kedai makan depan motel je..memang berbaloi baloi la..


Tempat coach aku kawin di dewan Parit Buntar Inn..sebenarnya dewan tu depan bilik je..kehkehkeh….disebabkan majlis malam..ape lagi perut bunyi lagu keroncong dah keluar so mari makan dulu..malam makan lagi..

majlis start pukul 8.30 tapi tau je la melayu jadi lambat la start..jadi tak nak cakap banyak jamu la mate anda dengan gambar yang ditangkap..tak banyak diupload..yang mane cun aku letak la..


before masuk dewan


famili aku la menunggu pengantin yang tak datang datang lagi



suasan di dalam dewan



Nak dijadikan cerita masa family aku dapat kad jemputan kahwin..sumpah kami terkejut tahap dewa la..macam-macam persoalan dalam kepala ni timbul..bile coach tunang??..bile coach ada makwe ni?? Bile coach dating tak pernah nampak pon??..macam-macam lagi la…sebenarnya coach aku ni jiran sebelah rumah je tu yang tertanya bile coach dating??..ye la boleh di katekan duapuluhempatjam all about tennis..nak pergi mana-mana mesti dengan sorang atau dua orang anak didiknya..lepastu mana pernah aku nampak coach dengan baju smart macam orang pergi dating..selalu dengan baju tennis, raket, kasut sukan..tu je la..sekali siasat punya siasat rupanya pilihan maknya..laa memang tak la pernah nampak coach dating rupanya pilihan mak..bagus betul pilihan mak coach..cun siot..nurse pulak tu..coach cedera ke sakit ke nurse free dah ada..kiteorg nak mintak ubat pon nanti mana tau free jugak..huahuahuhu..ada budak tennis ni jugak siap chatting dengan aku tanya betul ke coach nak kahwin..dia tak percaya langsung..coach aku bukan lelaki yang lekat dengan perempuan tu yang pelik bin ajaib bila dia kahwin.


kami semua di ajar oleh coach la..kecuali yang tudung hitam dengan coklat..tu mak dgn makcik aku



Yang adik aku sorang before berapa hari nak pergi sana..tanya la dia..hang pernah nampak tunang coach ke..dia kate pernah nampak..tanya la macam mana rupanya..ada dia cakap..muka chubby badan boleh la kerja berkaitan tentera la macam tu..ciss sampai sana aku kutuk kutuk dia..bini coach punya cun meletup kau kata chubby..muka dah la slim badan pon slim and putih..kalau kau tgk gambar memang la cun sebab makeup tapi aku dah tengok without makeup still cun jugak..tak diragui kecantikannya,..hahaha..satu je coach aku tak pandai senyum..kalau dia senyum aku yang tergelak..lawak betul kalau dia senyum..lantak la..asal coach happy sudah..




diaorang tak bersanding pon sebab pelamin takde terus makan bersantap..je la jimat masa katekan..sapa suruh buat malam kan..lepas perut pon dah penuh jadi tenaga pon lebih jadi menggedik pon lebih




Saya doakan coach hidup bahagia bersama isteri tercinta...dan dapat anak yang ramai boleh buat team gombak pulak menggantikan kiteorang ni..aku scroll ke atas tengok lupa letak nama coach aku pulak..cerita panjang lebar..ok MOKHZANI namanya dan isterinya NORA.

Jom Kita Berkenalan

25 kate-kate kepoh

yippie yippie segmen oleh BEN ASHAARI sudah kembali lagi..mari sertai beramai ramai bagi menambah kenalan anda. SHARING IS CARING RIGHT??


tubuhnya blog tahun 2008..waktu aku tingkatan dua..so sekarang sudah nak masuk tiga tahun penubuhannya..tapi aku anggap baru dua bulan ditubuhkan sebabnya dua tahun sembilan tahun yang lalu blog aku dan aku sendiri belum matang..start je blogging balik selepas habis peperiksaan akhir tahun tingkatan 4..bayangkan la berapa lama tinggal,,ade jugak pernah publish tapi tu kadang copy and paste je..



Jumlah follower buat mase sekarang 254 orang



kalau blogwalking hanye sampai 200 tapi kadang tak jugak..dan kalau tak blogwalking tak sampai 100..sedihkan..tapi aku tak kesah..



sehari boleh buat 5 entri jugak..1 entri utama empat entri pasal contest,giveaways or luckydraw di second blog


buat mase sekarang aku makin tertarik dengan blog kak AIN ZULAIKHA yang comel ni..setiap kata kata sangat sangat best..blog dia tak payah cakap la comel jugak..



mood:sedih ;B

Saturday, December 11, 2010

KENAPE GALLUS GALLUS ERK...jangan ingat saya pelajar gallus yang gagal ke lulus..bukan itu

62 kate-kate kepoh
sekarang baru terbukak hati nak tulis entry baru..baru-baru ni rajin sangat masuk contest, luckdraw and giveaways sampai blog utama terkontang kanting meninggalkan berseorangan..boleh la usha blog second untuk contest, giveaway, luckydraw GALLUSGALLUSLOVECONTEST.boleh inform saya kalau ada semua ni..mane tau saya berminat nak join..hehehe....terima kasih readers yang comel lotee..handsome-handsome yang perasan, mak mak orang..ayah ayah orang..adik adik orang tenkiu sebab menjenguk blog saya yang cikai lagi murahan..kalau saya lelong dekat pasar malam sumpah takde sape nak..huahuahua..

bile online terus tengok dashboard kesayangan ku..mesti ada comment walaupun aku ni tak rajin macam korang 24/7 merewang dalam blogkan..tenkiu again..sebenarnya dah lame nak tulis pasal entry ni tapi sekarang baru terbukak plus bile readers tanya kenape blog aku nama
GALLUS GALLUS








SANDRA AZWAN seorang fashion designer bagi artis artis fofular yang sedang top hangat meletop kebabomm bomm kueh bommm sekarang ni..macam alyah yang macam lady gaga tu..




ha dia la reka baju ni..asal korang berminat ke..aku tau korang tak percaye cakap aku..so pe lagi untuk kepastian pergi la terjah blog SANDRA AZWAN..boleh la kot suruh dia tempah baju ala ala lagy gaga ni..ngek kau shah nak suruh tempah baju...buat baju raya tahun depan..biar raya vogue sikit..kate orang lain daripada yang lain..bro pinjam gambar erk..sorry sorry ciplak sekejap....bro nak kasi sehelai dekat saya tak..huahuahua







ha ni la sorang blogger yang tip top yang sedang menaik saham popularitinya dalam dunia blog ni..mempersembahkan CIK TOM.Nak carik toturial and tips pergi je blog dia..penuh dengan info..nak carik kerja pon ada dekat blog dia..boleh la yang berjawatan penganggur jalanan boleh la tanya tanya sama cik tom ni kalaua da kerja kosong..








sebenarnya ada banyak tapi malas nak print screen..ambik yang terbaru je..meh nak bagi tau








ha apesal tak paham ke...ehemm ehemm ok cikgu gallus gallus nak ajar ni..ok murid murid..mari saya memperkenalkan one by one satu persatu ye wahai murid murid kesayangan saya..ini adalah senarai haiwan dan tumbuhan dalam bahasa sains..ni bukan bahasa melayu ke english tapi ni bahasa sainsnye murid murid..human tahu kan makna nya manusia..ye ye manusia macam kita ni..nama sains kita iaitu manusia adalah Homo Sapiens.ni bukan mohd sofian ke scorpion ke..ape ke..ini hanya nama species bg manusia..jadi yang lain pon keterangan pon adalah same..



dah la shah kau tak layak jadi cikgu walaupun mak bapak kau cikgu..bestkan nama nama kat atas..mane aku dapat nama ni..ala ni ha..aku ni budak sains tulen..budak yang mengambil risiko ambil biologi yang tahap dewa susah tapi best..ok bila dah otak sudah tepu..pandang buku macam nak tembus buku tu.. nak hilangkan bosan..selak la buku buku tu sampai lunyai..sekali jumpa senarai macam dekat atas dekat satu helaian ni..macam perkataan tambahan la..best betul..siap boleh hafal lagi nama-nama tu walaupun tak belajar lagi..sekali nampak perkataan gallus gallus yang bermakna chicken or ayam la..sedap jugak nama tu kan..cute aje...



aku boleh je ambik nama lain selain gallus gallus tu macam rattus rattus mean tikus..homo sapiens ke tapi aku sesuaikan dengan nickname aku dekat sekolah iaitu AYAM.mula mula nak jugak letak dekat blog ni nama ayam tapi bila usha usha blog orang lain dah belambak orang guna nama ayam ni....setakat ni takde lagi hamba allah yang pakai nama ni..kalau ade tolong inform boleh tak..boelh usha buat kawan ke..hehehe.... so untuk nampak kelainan dan orang lain tak pernah pakai jadi aku guna nama saintifik aku ni..lagi senang nak ingat..lepas tu kan bile dah tersampuk dengan nama-nama saintifik ni habis haiwan ke tumbuhan yg aku tau nama saintifik aku bantai panggil nama pelik..



antaranya mesti cakap"ha gallus gallus tengah berak"..bile tengok daun semalu..cakap ade mimosa pudica betul la dia ni..sebenarnya banyak lagi tapi tak kan nak taruk semua..so bile korang dah tau..boleh la panggil haiwan dan tumbuhan dengan nama saintifik ni tau..nampak pandai dan berilmu sikit..walaupun kita ni tak la pandai sangat




so aku dah jawap segala persoalan yang ada..aku dah jugak bagi hint dekat banner aku..kan aku letak gambar anak ayam tu..tu yang bermakna gallus gallus ye wahai readers sekali..gtg..mahu rehat tukang empat kerat yang penat membanting tulang kenduri orang..

Thursday, December 9, 2010

SEGMEN: TERIMA KASIH

30 kate-kate kepoh


sekarang manyak sibuk la..buat tu buat ni..sekarang baru ada masa nak menjenguk..baru bukak je dapat tiba-tiba bang ben buat segmen la..best..best..mari la join segmen BEN ASHAARI

  • Ceritakan satu peristiwa yang korang tak dapat lupakan berkaitan TERIMA KASIH

saya lupa nak berterima kasih kepada kawan-kawan saya yang banyak tolong saya
dalam macam-macam hal..saya takut nak berdepan dengan mereka sebabnya saya dah nak pindah sekolah..saya rahsiakan pasal perpindahan ini dari diaorang.saya
begitu jahat kerana terpaksa berbohong kerana sebab sebab tertentu.saya tak
sempat nak berterima kasih pada kawan baik saya yang tolong saya dalam pelajaran
hingga dapat second place dalam class..tak sempat ucap terima kasib sebab teman
pergi toilet. pergi buat kerja jahat..pergi merayau..belanja saya makan..belanja
tambang bas..saya jugak tak sempat nak ucap terima kasih pada cikgu-cikgu saya
yang banyak mengajar saya sehingga menjadi seorang yang penuh dengan ilmu
walaupun anak murid mu ni macam-macam perangai..ini la peristiwa yang tak akan
saya lupakan ;D

  • Bagaimanakah nak menyemai sikap berterima kasih di kalangan kita ?

sentiasa mengingati kepada seseorang yang telah menyumbang
bakti, pertolongan kepada kita..seperti ibu bapa kita..anak anak harus sentiasa
mengucapkan terima aksih kepada ibu bapa kita kerana jasa mereka tidak dapat
dibalas hingga hayat akhir..wang ringgit bukan matlamat mereka..anak anak mereka
berjaya itu sudah cukup bagi mereka

  • Ucapan terima kasih yang paling ikhlas korang pernah terima dari siapa dan apakah cerita disebalik itu ?

ucapan terima kasih dari seorang kawan kepada saya..saya hanya memberi sekecik
kecik hadiah buat dia..sebab masa tu poket sedang kopak..tapi dia sangat
menghargai hadiah tu..ucapan dia yang begitu ikhlas lagi tulus buat saya sampai
menitiskan air mata..

  • Secara jujur , adakah anda terlupa mengucapkan terima kasih pada seseorang , hari ini ?

secara jujurnya memang saya lupa nak ucapkan terima kasih kepada
mak ayah saya..lagi nak berterus terang ni..saya hanya berterima kasih waktu
hari raya je..saya anak yang jahatkan..saya begitu malu nak cakap macam
tu..dah tak tau nak bendung macam mane..

Wednesday, December 8, 2010

BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU

19 kate-kate kepoh

Mahu berada di bloglist blogger top lagi popular di dunia blogging ni..jom sertai berjemaah bersama saya di blog BEN ASHAARI..tak kan tak kenal kot..taiko dunia blog ni..untuk blogger beginner amat baik kalau korang join..boleh naik trafik..


syarat penyertaan yang begitu simple mimple
  1. Buat satu entri .. letak header blog BEN ASHAARI
  2. Tajuk " BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU "
  3. Pastekan url entri anda di blog BEN ASHAARI...
  4. Pastikan blog anda itu aktif selalu..
  5. Tarikh luput bloglist ini , sekurangnya 3-4 bulan dari sekarang ..



BAGI PEMINAT FANATIK PENYANYI KOREA DAPATKAN PROMOSI TERHEBAT DI SINI.DIJAMIN BERBALOI-BALOI

DiGi Youth K-POP Live