f

Monday, November 15, 2010

KAWAII GADGET'S CONTEST

15 kate-kate kepoh
hai..hai..aku masuk contest lagi..aku sendiri tak tau ape angin yang melanda aku..tibe..tibe rajen masuk...saje nak buang mase...


Mari Masuk Bersama-sama


masuk ke contest yang MommyPinky buat.klick here HERE

senang aje syaratnye hanye pilih lagu and terangkan..aku pon tak nak terang panjang lebar..korang klik je la kat atas tu..hehehe


*before sebelum bace sila tekan video clip kat sidebar..nanti korang akan faham..


Suatu hari, aku berjalan-jalan berseorangan di taman sambil makan aiskrim conetto..dengan menyanyi lagu INIKAH CINTA dengan berharap akim tibe-tibe datang cakap”saya suka awak”..hahaha..berangan je lebih..kalau betul la, pengsan jugak kat situ….ok..ok..tibe-tibe aku terasa sesuatu,..segale bulu-bulu roma aku terangkat tegak..toing..aku terase seseorang bernama lelaki mengekori aku tetapi tidak menonjolkan dirinya..orang itu mengikut sahaja dimana aku pergi..aku ke kiri dia ke kiri, aku ke kanan dia ke kanan..aku terase begitu aneh..then aku merancang untuk mengenakan orang tu..lalu aku memulakan operasi dengan masuk ke tandas wanita..dengan itu orang tu tak dapat ikut..nasib orang itu tidak baik kerana aku dapat menangkapnye kerana aku hanye bersembunyi di sebalik dinding.

Lelaki itu memperkenalkan diri sebagai KIM JI RIM seorang penyiasat khas dari Seoul,Korea..aku dengan blur ye tak faham bahasa apa yang dia cakap..aleh-aleh aku pon tnya dekat dia..bahasa ape yang encik cakap??sekali keluar Melayu dia…rupanya dia boleh cakap melayu jugak..dia pon cakap la bahasa yang dia cakap tu bahasa Korea..yang aku ni angguk la macam burung belatuk…aku tanya la ape hal dia tengendap-ngendap macam james bond dengan pakai suit all in black…dia cakap dia diupah untuk menyiasat sebuah kes dimana seorang jutawan di korea kehilangan anaknya di Malaysia sewaktu kunjungan jutawan itu di Malaysia..aku pon pelik la..so aku tanye la ape kaitan aku dengan kes tu….Dia kate aku anak jutawan tu…aku ape lagi dengan perasaan terkejut sangat, terpengsan pulak kat situ…

Lepas setengah jam terpengsan kat pengsan sedar-sedar ade kat dalam LIMO yang panjang tu..ala untuk orang-orang kaya je..aku dah mula gelabah tak tentu pasal ni..aku dok raba-raba badan aku takut-takut dia ade buat ape-ape tak…aku tengok elok je lagi baju aku…uhhh nasib baikk takde ape-pe…aku tengok di tepi aku ade deretan makanan,coklat , air bergelen-gelen….air liur aku mula mengalir..ohhh tidak…tapi aku menahan perasaan, aku takut makanan and minuman tu dah dimasukkan ubat tidur atau pon racun tikus…aku cuba bersabar dengan gigihnya..

Tibe-tibe pintu limo tu terbuka..orang yang sama tu ade sekali dengan seorang mamat lain..lagi handsome nak mati..muke putih bagai orang korea..kalau perempuan lain tengok mesti cair a’r..aku dengan gelabahnye hampir mengeluarkan lipat silat aku dekat dieorang..nasib baik tak kena sebab penyiasat tu menahan aku…nasib dia tahan kalau tak dah luyai aku kerjakan macam lempeng..mamat tu tibe-tibe senyum sampai ke telinga tengok aku..yang aku ni pon pelik apesal senyum tibe-tibe..kene sampuk hantu ape..yang aku ni pi mencarut kat mamat tu..tapi dia senyum je..lagi la aku naik heran…then, aku tanya la penyiasat tu yang dia suruh panggil kim apesal mamat tu senyum bile tengok aku..yang penyiasat dok cakap-cakap dengan mamat tu dengan bahasa yang aku tak paham..penyiasat tu cakap dia senyum tengok adik ye sihat macam ni…ADIK??adik pebende ni??saya tak paham betul ni??kau tengah buat drama ape ni???..aku hampir nak keluar dari limo tu tapi tangan aku ditarik oleh mamat tu…aku ni dah la pantang orang tarik tarik tangan aku..kene marah la mamat tu tapi senyum jugak..tangan aku ni macam nak lempang je mamat tu..si KIM tu suruh aku duduk dulu..dia siap offer aku aiskrim yang ade kat sebelah aku..aku ni dah la pantang orang offer aiskrim..tapi aku jual mahal la cakap tak mo…tapi si kim cakap ambil la bukan ade racun..yang aku ni buat muke seposen”macam mane dia tahu ape yang aku pikir..dia ade ilmu hitam erk??”..dan aku pon ambil la..Aku tanya la dia macam mane dia boleh cakap aku ni anak jutawan tu???..pastu yg si KIM tu dok bisik-bisik dengan mamat tu…ape naik menyampah la..aku tanya la apesal mamat ni tak cakap dengan aku..bisu ke dia?? Kim cakap mamat tu abang aku dan namanya Kim Hyun Joong. dan dia tak paham bahasa melayu tapi boleh speaking BI..dohhhh tu rupenye..aku cakap la bahasa inggeris dengan dia tapi yang aku nak tulis ni yg dah ditranslitkan.dia suruh panggil dia hyung mean abang..

Aku tanya ape kes dia cari aku???..dia cari aku sebab wasiat ayahnya yang menyuruhnya mencari adik bongsunya yang hilang 15 tahun dulu yang hilang ketika berumur 1 tahun di Malaysia kerana diculik oleh orang yang tidak dikenali…aku kehairanan memikirkan siapa ibu bapa aku yang di rumah tu…dia cakap lagi aku sebenarnya anak angkat yang diambil oleh ibu bapa aku sekarang di rumah kebajikan…uhh lagi la aku kehairanan campur sedih kerana aku hanya anak angkat…lepas tu dia suruh aku ikut dia balik korea sebab katenya ayah aku sedang nazak…aku cakap la aku tak boleh ikut sebab belum bagi tau ibu bapa aku lagi..aleh-aleh dia cakap dia dah bagi tau parents aku…ha terkejut beruk aku..aku pon call la ibu bapa aku..dan dieorang cakap pergi la ikut lelaki tu…ok la kalau macam tu..aku ade jugak sedikit takut tapi takpe aku dah dilengkapi ilmu silat dan ilmu taekwondo yang tinggi.buat macam-macam aku lesing je…

Sampai di airport..aku tengok semua perempuan berlari-lari mengejar kami bertiga..aku ni takut la apesal minah-minah ni tibe-tibe lari dan menjerit macam orang meroyan dekat kiteorang..yang abang aku ni senyum je sambil tarik aku ke tempat masuk..aku ni mane la pernah naik kapal terbang.seumur hidup tak pernah la..sekali tengok tiket..first class..gile a’r….patutla servis dalam kapal terbang mewah-mewah aje..panjang jugak perjalanan aku dari KL ke Korea.Entah la lupe pulak berape jam..nanti aku ingat aku bagi tau..kejadian yang sama berulang sewaktu di airport.kali ni lebih ramai…siap ade photographer, wartawan and orang-orang yang aku anggap gile tibe-tibe menyerbu kiteorg.abang aku tibe-tibe bagi statement dalam bahasa negara dia la..aku ni memang la tak paham tapi buat-buat paham la…aku tanya la kim tu..dia cakap abang aku kate dia sedang memperkenakanl aku sebagai adiknya yang hilang sejak 15 tahun lagi..aku hanya mengangguk sahaja..

Lalu aku pon menaiki limo yang lebih panjang dari di KL..dan di bawah di sebuah banglo yang sangat sangat sangat besar punye..yang aku rase lebih besar dari Istana Negara….AKU TERGAMAM..sebab sangat besar, sangat cantik,sangat semua la…aku masuk je lalu atas red carpet, maid-maid lelaki dan perempuan dekat tepi aku..ohhh gile a’r…aku dibawa ke sebuah bilik yang sgt besar..di situ ternampak seorang lelaki yang terkujur kaku di atas katil..wayar berselirat di badan-badannya..walaupun aku tak kenal tetapi perasaan kesian tu hadir..abg aku cakap ni ayah aku..ha sekali lagi aku terkejut..aku dengan teragak-agak mendekati katil tersebut…lelaki tua it upon membuka mata dan membuka tangannya seperti hendak memeluk aku..aku ni teragak-agak la..tetapi si kim tu suruh aku peluknya..aku pon peluk la..lelaki tua tu menangis..dan aku masih lagi dalam keadaan terpingga kerana begitu banyak kejadian mengejutkan pada hari ini.

Lelaki tua itu atau pon ayah aku memanggil abang ku dan berbisik sesuatu..tibe-tibe abangku keluar dan masuk balik ke dalam bilik dengan membawa 8 orang lelaki..aku ni rase nak lari je..ape bende semua ni…ape yang sedang terjadi…lalu 8 lelaki memperkenalkan diri mereka masing-masing . saya………………

. Kim Bum
. Kim Joon
.Lee Min Ho
. Jang Geun Suk
.Lee Hong Ki
.Jung Yong Hwa
.Bi (Rain)
.Siwon

Si kim memberitahu aku mereka semua adalah artis yang terkenal di korea termasuk abang aku yang menjemput aku tadi…patut la minah-minah kat airport macam orang kene histeria tadi…terjerit..terlolong..

Selepas tu aku dibawa ke sebuah bilik dimana deretan pakaian, akseseri wanita ade di dalam bilik itu..begitu banyak tak terkate…aku speechless ok mase tu..dah macam dalam shopping complex…lalu aku di ubah penampilan yang aku sendiri tak sangke..begitu cantik bak bidadari..ahhaakkkss puji diri sendiri..aku jugak dihidangkan deretan makanan yang sedap-sedap yang aku tak pernah nikmati..aku makan bersama 9 orang abang-abang aku..mule-mule agak kekok nak bercakap dengan dieorang tapi lame-lame siap buat kamceng lagi..best gile..gelak ketawa..sampai nak nangis..and happening gile..

Suatu hari aku dibawa oleh 9 orang abg-abg aku tengok konsert abg aku yang si Siwon ni..rupenye dia ade group nyanyian yang terkenal di korea mahupon di Malaysia, A.S, Taiwan, Japan yang namanya SUPER JUNIOR.dianggota ramai lelaki yang handsome-handsome gile.ni kalau aku bawak pegi Malaysia cair sume kawan-kawan aku…nak buat jealous sikit…aku begitu teruja gile bile berada di dalam stadium yang begitu banyak fan mereka…

Banyak lagu yang mereka nyanyiankan bersama tarian mereka yang begitu bertenaga..aku sendiri terikut-terikut ok…best sgt..lepas tu mereka nyanyi lagu yang terakhir iaitu SORRY SORRY..aku sungguh seronok, lagi pon pasrt chorus chorus begitu senang di ikut dengan cara mengosok-gosok kedua tapak tangan sambil says sorry sorry..tibe-tibe..abg siwon aku tarik aku naik atas pentas..aku terkejut la..dia suruh buat macam dia jugak..aku buat la sorry sorry tu…sambil tutup mate sebab terlampau asyik sgt.

Tibe-tibe bile aku bukak mate, aku tengok adek,mak, ayah, makcik aku ade depan mate…ha ha terduduk aku…aku tengok kiri kanan mane abang-abang aku tadi..kenape aku boleh ade dalam bilik pulak ni..tadi bukan atas pentas ke tengah nyanyi sorry sorry..kenape depan aku ade adek,mak,ayah,makcik aku..kenape ni???...

Yang adek aku tibe-tibe sergah aku..kak hang pe hal??buang tebiat ke???

Kenape pulak buang tebiat…akak buat ape…ayah aku cakap..mane hang tak buang tebiat hang pegi nyanyi sorry-sorry sorang sorang dalam bilik kuat-kuat sambil buat tarian tu ape hal..macam nak runtuh rumah ni..yang mak aku dengan makcik aku dah gelak guling-guling atas lantai….ha ape- ape nyanyi,menari, sorang sorang, bilik, kuat-kuat ha ape ni tak paham???...akak hang lupe makan ubat erk malam tadi….pekejadahnye aku mkn ubat…lepas tu aku pikir balik…..pastu buat muke tak bersalah senyum sorang sorang sambil gigit jari….rupenye hanye mimpi semate mate…

Aku pegi marah balik adek aku, sebab kacau aku mimpi best tengah syok syok bersama keluarga yang kaya and dikelilingi abg-abg handsome, yela aku mane ade abg sebab aku anak sulung, aleh aleh aku kene marah sebab memekak orang nak tidur…sebulan aku kene bahan dengan family aku..nasib baik kawan-kawan aku tak tau..dan nasib baik jugak aku hanya anak angkat dlm mimpi je.tu la shah penangan asyik tengok drama Korea,tu yang termasuk drama Boys Over Flower , You’re handsome ,Playfull kiss and banyak lagi la..


tu la lain kali tido tak bace doa,kaki tak di basuh..ha ambik kau kene gelak dek mak ayah aku.

.


terima kasih "oppa oppa" di atas KERANA sudi masuk dalam mimpi saya.sape yang tak tau sila rujuk nama yang telah saya boldkan biru ini


Referral: Liyana Lunia

nak tag :

http://ezycomot.blogspot.com/:Aerzee FatheneE
http://www.katakila.com/:KataKila
http://nurf1907.blogspot.com/:Fatehah A


Sunday, November 14, 2010

kids & baby photo contest

11 kate-kate kepoh
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.anda mesti wajib menjadi follower KAKAK SAFFIYAH OSMAN ni.uhh nama cantik macam orangnye*ayat bodek...Selepas ini pemenang akan diumumkan di blog baru. so berhati-hati di jalan raya... 2. anda mesti tag kepada 8 orang maksimum.tidak boleh kurang.dan bila anda telah tag anda mesti inform pada kawan anda yang mereka telah ditag.:) 3. letakkan banner contest di sidebar anda.

4. anda mesti sertakan satu gambar.tidak kisah gambar anda zaman baby,zaman anda budak budak,gambar adik anda,gambar anak anda,gambar anak saudara anda..

5. hantar link entry anda didalam kotak komen entry contest ini.

6.mesti mulakan title entry dengan nama contest.

7. wajib diberitahu didalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang.


tarikh tutup sehingga 30 november 2010 .tetapi terpulang pada saya jika hendak menamatkan tarikh lebih awal:)..so be alert!:)


hadiah yang bakal dimenangi ialah earring dari lazo diamond jewellery.white gold.



untuk keterangan lanjut boleh tekan SINI

jadi aku nak letak gambar sepupu aku yang paling paling cute la rase.nak letak gamabr aku malu la tak comel langsung...ok ini namanye ABU NAJAD BIN MOHD FAIRUZ...nama dia i like..classic seyh...ahakss senyumannye buat aku tergoda..tapi tangisannye buat aku********.


nak tag:

elyana yazmin
liyana lunia
mia
shara bunga
diyanah rodzi
cik helena
siti
hana


p/s: mood rajen nak masuk contest.


Saturday, November 13, 2010

IF I HAD RAPUNZEL’S HAIR

4 kate-kate kepoh
korang tau tak cerita rapunzel ni.ala yang seorang perempuan ada rambut yang tersangat sangat la panjang..tak kan tak pernah kot..mesti pernah ni..cerita rapunzel ni dah dimainkan banyak kali dalam banyak version..version melayu yang cerita yang dilakonkan oleh adek natasya hudson tu..ala lupe la name cerita tu..tu la shah banyak sangat makan semut*biskut semut ok bukan semut tu...kalau yang cartoo tu dalam cerita barbie pon ade.kalau siapa yang perasan ade la..aku sendiri masih lagi tengok cerita budak budak ni sebab nak berangan yang kite ni rapunzel..

kalau la aku ade rambut panjangnye 70 kaki yang warne gold and shiny agak-agak boleh buat pajak gadai tak??sehelai RM1000++.Aku ni bukan tau harga emas..tapi agak agak boleh tak??

kalau korang ade la, nak buat ape ha???
aku ingat nak sedekah la sikit dengan orang-orang yang tak de rambut..boleh tak??tu namanye buat amal jariah*apekejahnye shah derma rambut amal jariah..mereng seminit..boleh la tu derma..kesian dekat pakcik-pakcik yang tak de rambut..nampak tak hancem..tapi nanti letak rambut aku yang shiny gold tu mesti hancem and bini-bini mereka mesti tak lari cari orang laen..*boleh pakai tak teori ni..

kalau la ade rambut 70 kaki panjangnye macam dari rumah aku nak pergi sekolah, aku nak buatkannye sebagai transport aku pergi and balik sekolah..gile betull..tapi best seyh..bayangkan rambut kite ade magic and rambut tu hidup*mmg la hidup klau tak mcm mne tumbuh..adoii shah lembap betul..kite suruh je dia bawa kite ke sekolah dengan care macam tikar terbang..boleh tak??balik sekolah pon macam tu..amacam best tak..boleh ajak member sekali..buat bisnes pon boleh..kalau nak bas balik rumah limapuluh sen,aku cas seringgit la sebab dapat terbang..susah tu nak terbang..tempat lain tak dapatnye..ni pon special price harga kawan-kawan..kalau pelancong tengok la aku kautim macam mane...best pulak berangan cam ni..


aku nak suruh rambut aku pergi rompak bank..boleh tak..aku akan sediakan peluru berpandu dekat rambut ku, bom kuasa tinggi..and ha ni la nak buat rambut aku jadi halimunan..nanti bile rompak orang tak tau...hahhaha jahat gile...aku nak order je kat rambut suruh bile ape-ape tanpe aku nak gerak..mak suruh beli tempe ke,gule ke,telur ke order je kat rambut..semua perintah akan dilaksanakan...

aku teringin nak buat fashion rambut yang pelik-pelik.boleh masuk book of record..amacam..

stylo abis rambut ni...tapi yang payahnye kene kendong rambut macam kendong bayi dalam kandungan.orang mengandung baby dalam perut..ni mengandung bawak rambut yang panjang nak gile dekat kepala.boleh anggap Albert Einstein tak?? orang cakap dibelakang kepalenye besar.ape betul ke??...

aku nak buat rambut pelik-pelik gulung sane gulung sini lilit sane lilit sini tapi nak kene ada pembantu la..uhhh mane boleh buat sorang diri..tujuh hari tujuh malam entah siap ke tak klau buat sorang.





ade bran nak bawak style rambut macam ni dekat sekolah or dekat public???tapi ini semua terbatas sebab itu hanye la angan-angan kosong...korang berminat nak berangan ade rambut macam ni sila hidup untuk berabad lamanye..

aku syorkan korang cuba cause 40 entry yang paling kreatif akan diberi 2 tiket free dari Nuffnang untuk filem Rapunzel : A Tangled Tale 3D on 24 November.korang kan memang pandai bab bab mengarang cerita yang merapu..so try la pe lagi..boleh picit SINI untuk keterangan yang lebih detail..



Aerzee Fathenee first GiveAway

0 kate-kate kepoh
ni la akibatnye asyik asyik nak makan je.bontot dan tangan menjejaskan mood nak menaip..tapi sebenarnye tak tau nak cerite ape..tu la yang tibe-tibe rajen memasukkan diri dlm contest yang CIK Aerzee Fathenee ni buat.nama dia begitu payah disebut apelagi dieja..mesti orang selalu salah eja nama akak kan??*betull ke??hanye andaian..kalau salah jangan sepak saye...


kalau nak diikutkan banyak penyanyi and band yang aku minat gile-gile...tapi yang satu kalau dia nyanyinye mesti aku tercongok macam apek mintak hutang depan tv..tak tau la kenape..ade aura keluar dari dia..bukan aura bau ok..lagi pon mane boleh keluar bau dari tv..bau angit tv terbakar ade la...sape lagi kalau bukan superman Malaysia a.k.a Faizal Tahir a.k.a FT.anta sebab sebab aku ni terboleh minat dekat dia sebab performancenye cool,semangat, kreatif and rase macam ade api keluar dari dia...*ahakkss dah macam otromen..kalau persembahannye kreatifnye lain macam ade gunting rambut ade yang kes bukak*****.tau tau je la..tapi dia dah insaf kire bersyukurnya..ape ape hal gua minat sama lu la FT..*mak den pon suke samenye...hehehe
first: muke nmpk fresh..i like...second:still look handsome even dah kawin and ade anak.bapa yang berjaya...




untuk lagi lagu and video aku suke dengar dari penyanyi Maher Zain..Memang lagu-lagunye membuka mata and minda aku untuk berubah..tapi aku sendiri belum berhijrah ke diri yang lain..aku cuba memperbaiki ape yang kurang dari diri aku bile terdengar dan tertengok semua video lagu Maher Zain..yang buat aku terbuka mate,hati,minda bile dengar lagu
OPEN YOUR EYES.hati aku tertawan bile tengok video tentang kebesaran ALLAH.subhanallah sungguh indah..

tengok je la..layan!!!!!!.dengar dan teliti lyricnye dan hayati la.. ;)
*nak nyanyi den dah lotak lirik kan bwh tu.


.

.Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

.

TAMAT.........


anda yang lain boleh join aje dekat blog CIK Aerzee Fathenee..simple je..dia kate tak payah tulis macam karangan SPM tapi aku rase entry aku ni cecah lantai..ala copy and paste je..pe susah..ahhaha..


Wednesday, November 10, 2010

superbaby yang gile tapi cute!!

10 kate-kate kepoh
aku nak cakap baby-baby ni gile pon ade.nak gelak golek je ala hindustan kat lantai..kalau ade la baby-baby macam ni dekat bumi ni aku tak nak carik lelaki.nak baby ni je..tak nak curang..tak nak buli...nak sayang je dia macam pakwe sendiri..(ape selera aku lain erk???)..hahahaa...

korang better tengok sendiri atau memang yang dah pernah tengok.dapat ni pon dekat mukabuku adek aku.pastikan korang gelak guling guling.tak gelak korang memang tak de hati,takde jantung, takde buah pinggang,takde ginjal*ape kena mengena sume ni...hheheh




tengok je la...layan~~~~~~~~~







p/s:comel gile a'r...minattttt...nak je aku ambik peluk ketat-ketat,cium-cium sampai lemas...

Saturday, November 6, 2010

ni la perangai seorang pelajar yg kalut bile nak periksa

8 kate-kate kepoh
waktu peperiksaan bagi penuntut universiti baru nak bermula kan???ucapan gud luck ni nak bg kat korang.ambik la buat kenangan.boleh print and buat frame pastu gantung kat dinding atau letak atas meja buat pendorong semangat*ceyhhh wahhh mane la ade org nak buat.dan bg pelajar sekolah korang dah habis perikse kan??same la kite.kite ni dah habis perikse...wallahhh seronoknye..tapi sekejapnye..huhuhu..sebab tahun depan dah SPM...pastu to form 5 students korang ready la.korang boleh ambik ucap yg tadi kat atas.

aku sendiri tertanye-tanye macam mane cara budak lain belajar..yg aku ni last-last minute baru nak bukak buku.maklum la waktu tu cahaya keinsafan tibe-tibe muncul*dah macam citer ultraman...fire..fire......hahahah..dlu suke la tgk citer tu skrg layan korea je....tapi aku rase kite-kite ni ade persamaan mase nak belajar...adakah betul???..


okeyhh....kite bajet nak bace buku ni bertimbun-timbun bersusun mengalahkan rak buku kat perpustakaan.buku jangan cakap macam-macam ade.cakap je nak ape sure-sure ade ceyhhh wahhh.contoh-contoh buku yg ade seperti majalah , komik and buku ilmiah.anda rase la mase tu apekah pilihan anda??...hehehheheh...

jika bagi yang rase diri mereka IQ 200 boleh bace buku-buku yang tebal hanye dalam beberapa jam diucapkan syabas la.tapi sudah sedia maklum nobody perfect and aku sendiri tak pernah jumpe manusia yang IQ ye tinggi.bukan mcm adi putra yg bijak math tu.ni yang IQ tinggi untuk semua bidang.ade korang jumpe ade tak??kalau ade kenalkan.mane tau berkenan di hati boleh buat sparepart baru..dan bile dah start bace buku, dah aku rase selepas 10 minit kemudian, setan-setan yang mengasut minda pon datang.mereka membuatkan mate kite ni kejap buka kejap tutup dan lalu tertutup la ia.

kebiasaannye pelajar-pelajar akan cube menjauhkan diri mereka dari pelbagai kegiatan semate-mate nak bace buku la konon ye.seperti menjauhkan diri dari lappy and brondband or internet ke ape yang mememang nye bak kate pak cik astro tu macam-macam ade byk dugaannye.tetapi kite akan bagi alasan "ala sekejap je ni nak hilangkan stress je" tetapi ape yg akan berlaku nak hilangkan stree ni mak oi lame nye.dan kandang2 member ajak keluar pon tak nak.tapi lepas di pujuk-pujuk di rayu-rayu, cair jugak akhirnye..hahahha

kadang-kadang berazam ni jauh dari katil...jauh..jauhhh...sebab tak nak tido.tapi kite biase la kan, konon nak belajar atas katil...akhirnye terlelap la jugak sampai keluar ayak liuk basi tu..kalau tak belajar atas katil pon mesti belajar atas meja..tapi beberapa minit selepas tu...say babai la....


dan bile pelajar-pelajar start bace buku kebanyakkannye akan mengira berape helai dan berape tebal lagi buku yg hendak di bace.misalnye pelajar tersebut baru memulakan pembacaannye di m/s 1 tetapi dok pegang helai yg berikutnye dan merase berape tebal lagi kah yg kene bace ni.bile la nak abis bab ni..bile la nak abis....jari kiri selak mukesurat nak bace and jari kanan pegang berape tebal lagi kena bace.


pelajar juga suke belajar last minutes.alasannye bace awal cepat lupe.aku sendiri mengakui ade betul teori tersebut.pelajar akan berjage lewat malam dan kadang-kadang tak tidor pon ade bace buku punye pasal maklum la esok ni nak exam.siap buat kopi berbotol-botol sebab tak nak ngantuk..pastu bile nak tido ambik kau tak tidur-tidur.bile tak nak tido mate sibok nak tido tp bile nak tido mate lak tak nak tido..masalah betuiii...

kesimpulannya...perkare-perkara kat atas tu tadi ade la sume tabiat makhluk Allah ni yg bernama aishah.aku memang suke bace buku last last minute sebab memory aku kureng.kurang uummm katekan.lepas mmg suke susun buku yang kene bace, tapi hampehhh tak sume dibuku apetah lagi disentuh...aku memang berusaha sekeras-keras jauh dari lappy..sampai sorokkan lappy tu dari pandangan mate....tapi kadang-kadang kalah gak dengan alasan nak dgr lagu je...hahahah..dan satu tabiat suke kire berape tebal lagi kene bace..macam cibai je...siap catit la...

aku memang tak belajar atas katil tapi suke bace atas lantai sambil baring.haha kau bile ade bantal dengan buku atas lantai sejukkk sape yang menang???heheheh..aku memang suke belajar tengah malam pastu buat air kopi yg sememangye byk cafien tu.ade satu minggu tu 3 hari tidor lambat...subjek bio tido kul 4.30pagi..subjek physic 3.30 pagi and subjek chemistry 2.30 pagi..ni tak tipu bukan cobaan tau..ni betul btulll ni.tak main la tipu-tipu ni...mase tu gile a'r lepas habis bace nak tido, sumpah tak boleh tido..kadang dpt tido sejam je....

SO ade persamaan..ke ade yg tak de...sebab aku ni bukan budak u la..bakal la budak u akan datang..sekarang baru budak nak masuk form 5...kecik lagi...kecik ke......aishah tolang la perasan kau tu size bsr..ingat la ingat....

Thursday, November 4, 2010

atuk nenek pegang tangan sweet kan

20 kate-kate kepoh
aku selalu nampak lelaki perempuan pegang tangan erat-erat, peluk pinggang ketat-ketat, cium-cium mulut pipi depan umum.gelak ketawa, cuit sane cuit sini, gadoh-gadoh manje tu aku boleh anggap couple yang sweet.tapi aku akan rase kumbang macam merayap kat badan bile couple yg belum kahwin buat macam tu.ahhhh please la...serius bile aku tengok maksiat depan mate, aku lari jauh-jauh (padahal tak pandang je).tapi kadang-kadang tak boleh elakkan diri sebab tersepit di tengah-tengah.ade satu hari dalam bas, waktu tu jugak minah dgn mat ni nak bermesraan pulak.bajet sayang sayang konon.cium sane cium sini.serius mase tu aku tak boleh nak buat ape.yg si minah duduk yg si mat berdiri.yg aku duduk belakang minah tu.adoiii aku nak muntah je mase tu.nasib baik dieorg non-muslim kalau islam la aku rase dah kene penampar kot(tak berani pon).

sebab hal-hal macam ni la anugerah Allah dieorg maen campak-campak macam sampah.tak de hati betul.daripada hidup baik dieorg mati je.buat memalukan kaum je.lagi-lagi yg islam memalukan agama je.kalau nak melaburkan nafsu shaywat dieorg ape salahnye kawin dari buat kerje bangang mcm tu.ishhh ape la nak jadi..


tapi aku teringin nak tengok atuk and nenek pegang tangan berdua-duaan,jalan-jalan same-same.bagi diri aku tak pernah nampak lagi la couple yg macam tu kecuali mak ayah aku la.mak ayah aku tu tak yah cakap la.berkepit je.sebab mak aku balik waktu cuti je.maklum la pelajar universiti.pegi mane-mane kiteorg ni follow belakang je and buat hal sendiri.dieorg buat hal sendiri.kadang-kadang keluar rumah senyap lepas tu tinggal note kat peti ais suruh buat tu buat ni.ciss.. nak dating bagi a'r tau.mentang-mentang anak-anak dieorg dah pandai jage diri.kami ditinggalkan di rumah.sedihhh gembira sungguh sebenarnye sebab bebas kat rumah, online tgk citer, maen game.hehehe.tapi kalau ade kat rumah kami ni jadi cleaner kemas rumah...tapi still bilik mcm stor simpanan barang.


ihsan dari uncle terangkat "Google"

selalu gak dengar dari kawan."aishah semalam aku nampak mak ngn ayah kau""dieorg sweet dohh" lebih kurang macam tu la.banyak kali jugak dengar.ermm bagus la kalau macam tu..
teacher dekat tuition pon ade cakap"i'm only love 2 things""first teaching second my wife".mule-mule dengar geli gak tapi bile die cerite sweet pulak.sir aku org india jadi dia percaye mati hidup semula.dia cakap kalau hidup balik pon die still nak jadi teacher and still nak wife yang same.dia kate even dah tua dah belas belasan tahun kawin still loving each other.dia siap cakap dia sangat syg wife die skrg berbanding mule2 kawin. saling kutuk mengutuk, gaduh gaduh manje, main main geletek geletek depan orang ramai tu sir aku anggap normal.tu normal la bagi die.bg org laen tak tau la.

kalau tok ayah aku hidup lagi mesti berkepit je dengan mak tok aku.tok ayah tu means datuk okeyhh..tande cinte mak tok aku dia still tak kawin sampai skrg.aku dengar cerite dari makcik2 and pakcik2 aku ade org nak meminang mak tok aku.wooooo mase tu tekejut aku.laku jugak mak tok aku.mane tak nye memang aku ngaku mak tok aku lawa lagi.boleh bawak kereta.boleh pegi kutip rumah sewa ,jual itu ini, siap boleh kamceng lagi ngn mak tok aku.body pon tiptop lagi.bukan golongan yg obese and die jage pemakanan la senang cakap.tapi walaupun anak2nye bagi greenlight tapi die tak nak.die siap cakap geli.kalau aku pon same.tapi aku kagum dengan maktok aku.betul betull kagum.anak2nye pon berjaye.biarla cucunye pulak berjaye ...hehhehe

peewwettttttttttttt sweet tu!!


p/s:kedatangan kegembiraan beberape
bulan lagi!!nantikan.heheheheh