f

Friday, December 31, 2010

BIKIN PANAS INI BLOG EP 5

5 kate-kate kepoh
maafnye dah lame tertangguh segmen ni..sebab kerja kerja perpindahan berlaku..sekarang sudah stabil baru nak mulakan balik..tapi bile dipikirkan balik..tamatkan je la..sebab ade yang belum selesai..ni review yang terakhir..insyaallah kalau aku rajin.aku akan buat laginye..





blog yang simple aje tapi penuh dengan info ye ..comel aje blog diakan..ape lagi terjah beramai-ramai. ;D



SANDRA AZWAN: Fashion Designer


seorang pereka fesyen..kalau omputih kate fashion designer..
baju rekaannye memang tip top la wa ckp lu..tapi kalau nak pakai bawak pi jalan jalan kene pikir duapuluhempatkali..nak buat baju raye boleh kot..




wanita islam

nama nickname pon wanita islam mesti blog yang penuh dengan unsur unsur dakwah..cerita cerita dan kisah kisah tentang islam memang sedap dibaca dan boleh menyedarkan hati yang sudah hitam ini..





sofea


ni aunty sofea..blog berkisarkan personal life sebagao seorang ibu, mama, umi,emak, mak, omak dan amak..kehkehkehkeh..anak anaknye muka chinese u..comel comel comel ;D



ascha zakaria


dia ni minah cun la.muka ala ala minah arab..family pon muke arab arab gitu..mungkin kot ada darah arab..betulkah ana bilang ni..comel je tgk blog dia..newbie lagi dalam dunia blog ni..so mari la beramai-ramai support dia ;D









Monday, December 20, 2010

AWAK AWAK SEMUA ;B

16 kate-kate kepoh
ni entri terakhir sebelum streamyx rumah saya dimatikan pagi esok..
ni disebabkan talian streamyx akan dipasang ke talian lain di rumah baru..
jangka masa nak dipasang semula mengambil masa dalam kemungkinan dua minggu.
oleh itu saya terpaksa bersabar untuk kembali aktif berblog..

awak awak semua jangan buang saya dalam bloglist anda tau..
sedih saya nanti..jangan buang dari jadi follower saya..saya sayang awak awak semua tau..
jangan marah kalau saya tak sempat skodeng blog awak sebab saya sekarang sangat sangat la busy mengemas rumah..jangan marah kalau saya tak follow awak awak balik sebab saya tak dapat berrbuat demikian..yang penting jangan buang saya dari hidup AWAK AWAK SEMUA..



NANTIKAN KEMUNCULAN SAYA KEMBALI..

Friday, December 17, 2010

ENTRY LUCAH: MAKHLUK PALING SEKSI..AUWWW

25 kate-kate kepoh
aku nak jadi macam dia..dia begitu seksi sampai menggugat iman aku..aku mahu dia..nak booking satu boleh..booking kena bayar..nak free satu boleh..boleh aku kodek kodek hari-hari..



dia lagi seksi dari megan fox.megan fox sila jealous
klick sini kalau kau nak tau siapa dia ;B

Pendaftaran AutoPing di BlogLarian FB

7 kate-kate kepoh
Pendaftaran AutoPing di BlogLarian FB:

Assalamualaikum...



Kepada semua penghuni rumah sewa BlogLarian, BlogLarian kini sudah ada di FaceBook dan kami akan menyediakan khidmat autoping en3 untuk anda. Anda hanya perlu membuat satu en3 dan melakukan perkara di bawah:



  1. Pastikan blog anda sudah tersenarai di BlogLarian SUDAH

  2. 'Like' BlogLarian FB SUDAH

  3. Buat satu en3 bertajuk ' AutoPing Entri di BlogLarian FB' dan letakkan banner di atas dalam en3 anda SUDAH

  4. Letak no rumah anda dalam BlogLarian RUMAH NO 8

  5. Kongsikan keburukan atau kebaikan BlogLarian yang telah anda rasai (Ringkas je sbg feedback untuk admin) SCROLL KE BAWAH

  6. Komen di en3 ini berdasarkan format berikut.

    1. no. rumah

    2. link en3 anda

    3. link feed blog anda cth: http://coklatchoc4u.blogspot.com/feeds/posts/default

  7. Penyertaan di buka hingga 24/12/10

  8. Beritahu jiran anda jika berkelapangan :)

Contoh en3 yang telah autoping seperti yang ada di hujung bawah sebelah kiri di BlogLarian. Anda juga boleh berkongsi pendapat di BlogLarian FB atau berkenalan dengan ahli BlogLarian yang lain di FB.

Sumber:

Furdunesia@nline

"


Keburukan

bile dah terlalu banyak..buat saya punye notebook stuck..masa tu dok maki maki je..tapi sayang sama bloglarian..saya tak salahkan blog larian sebab saya pakai notebook..kecik je..tapi tak tau la kalau pakai laptop besar laju je loading..lepastu bila klik mana mana blogg..tiba-tiba macam ada konsert yang macam-macam jenis muzik ada...adoiisakit telinga..last-last mute kan aja sound..then kadang kadang ada blog yang banyak widget..adoii memang tak la nak teruskan pembacaan..terus pangkah..tapi admin pasti boleh selesaikan ;D


Kebaikan

kebaikan lebih banyak dari keburukan..sudah tentu tempat paling senang nak berjalan-jalan, bersiar siar sambil mencuci mata dalam blog ni..menambahkan kenalan dan meningkatkan trafik blog saya..lepastu bloglarian makin lama makin maju..page sudah cantik..dan lebih teratur lagi kemas..apa kata tukar bloglarian.blogspot kepada bloglarian.com..senang orang nak carik..hehehe..itu pon kalau terima


Saya ucapkan syabas buat bloglarian kerana membuatkan hidup saya lebih bermakna*wah dah macam iklan tb

Thursday, December 16, 2010

Saya Nak Join Segmen Review dari Cik Tom

5 kate-kate kepoh



siapa yang tak kenal cik tom..baru lima bulan berblogging dah terkenal..tak macam aku..hampeh betul.Cik Tom nak buat review ni..jom sertai..klik je banner dekat atas..cepat cepat hanya 30 orang sahaja akan dipilih


aku paling suka tengok tutorial dan tips cik tom..banyak tutorial dan tips yang boleh membantu kita yang baru dan lama dalam dunia blog ini..tips yang paling aku suke yang ni sini.
aku jamin korang pon turut suka..ape lagi cepat tau ;D

Wednesday, December 15, 2010

Saya tak sangka coach kahwin jugak..terkejut beruk dapat kad kahwin coach

9 kate-kate kepoh


Berada di rumah berseorangan sekarang..sangat la tak best sebab takde orang nak masakkan lunch..ada sesiapa nak hantarkan lunch untuk adik manis ni..*muka mintak menyepak..tapi best jugak duduk sorang sebab boleh online lama lama takde orang nak kacau…tv dan laptop yang menemani aku..tv tengok aku..aku tengok laptop..dasar suka buat pembaziran elektrik je..siapa bayar, bapak aku jugak..huahuhua..nampaknye makan maggi la kau tengahari ni..

Cerita ni dah lama nak cerita tapi akibat perkataan ‘M’ tak dapat nak bendung tu yang sekarang baru la terkedek kedek nak cerita..ditambah dengan kepala kosong lampu mentol tak toing lagi tu yang susah nak bina ayat..lepas tu asyik nak join giveaway je tu yang asyik tergendala..sesiapa nak tau atau nak bagi tau pasal contest,giveaway or lucky boleh la klik . SINI

Ok sekarang baru nak mula cerita..korang ingat waktu entri yang paling pendek aku tulis pasal status: menghilang yang balik kampung..tak tau ke..tak tau gi la carik sendiri….ha masa tu bukan je balik kampung semata mata….banyak hal di buat dekat sana macam angkut barang ke rumah baru..lepastu melencong ke parit buntar ada perkahwinan..lepas tu balik la rumah….Sekarang ni nak citer pasal orang kawin la..pasal pindah rumah tu nanti..tu entri cecah lantai punya..

6 disember lepas aku sekeluarga melencong ke parit buntar, perak sebab coach aku kawin..coach ape erk..coach tennis aku dan adik beradik aku yang lima orang tu..kami adik beradik memang pemain tennis bagi daerah gombak tapi sungguh malang tahun depan kami dah takde..bye bye coach..semoga gombak terus maju..maju kan sukan untuk negara…bagi sesiapa nak tau lebih lanjut boleh klik SINI


Aku sekeluarga bertolak pagi dari Sekinchan ke Parit Buntar..jauh tu empat jam..bukan ikut highway ni ikut jalan dalam..betapa seksa ikut jalan dalam ..dah la jauh tapi memang laju la bawak kereta sebab tak banyak kereta tapi jalan macam ular..berpusing pusing..niat nak tidur tapi terbantut sebab kepala sudah pening..adoii..dah sampai sana pulak duduk dekat Parit Buntar Inn..adoii lagi la bilik kecik bayar mahal..nasib la tidur memang sempit..lepas tu dalam almari dua hanger je..sampai bapak aku kata ni la pertama kali hotel bagi dua hanger je..motel dekat taiping lagi puas hati..bilik dah la besar harga pon standard..kedai makan depan motel je..memang berbaloi baloi la..


Tempat coach aku kawin di dewan Parit Buntar Inn..sebenarnya dewan tu depan bilik je..kehkehkeh….disebabkan majlis malam..ape lagi perut bunyi lagu keroncong dah keluar so mari makan dulu..malam makan lagi..

majlis start pukul 8.30 tapi tau je la melayu jadi lambat la start..jadi tak nak cakap banyak jamu la mate anda dengan gambar yang ditangkap..tak banyak diupload..yang mane cun aku letak la..


before masuk dewan


famili aku la menunggu pengantin yang tak datang datang lagi



suasan di dalam dewan



Nak dijadikan cerita masa family aku dapat kad jemputan kahwin..sumpah kami terkejut tahap dewa la..macam-macam persoalan dalam kepala ni timbul..bile coach tunang??..bile coach ada makwe ni?? Bile coach dating tak pernah nampak pon??..macam-macam lagi la…sebenarnya coach aku ni jiran sebelah rumah je tu yang tertanya bile coach dating??..ye la boleh di katekan duapuluhempatjam all about tennis..nak pergi mana-mana mesti dengan sorang atau dua orang anak didiknya..lepastu mana pernah aku nampak coach dengan baju smart macam orang pergi dating..selalu dengan baju tennis, raket, kasut sukan..tu je la..sekali siasat punya siasat rupanya pilihan maknya..laa memang tak la pernah nampak coach dating rupanya pilihan mak..bagus betul pilihan mak coach..cun siot..nurse pulak tu..coach cedera ke sakit ke nurse free dah ada..kiteorg nak mintak ubat pon nanti mana tau free jugak..huahuahuhu..ada budak tennis ni jugak siap chatting dengan aku tanya betul ke coach nak kahwin..dia tak percaya langsung..coach aku bukan lelaki yang lekat dengan perempuan tu yang pelik bin ajaib bila dia kahwin.


kami semua di ajar oleh coach la..kecuali yang tudung hitam dengan coklat..tu mak dgn makcik aku



Yang adik aku sorang before berapa hari nak pergi sana..tanya la dia..hang pernah nampak tunang coach ke..dia kate pernah nampak..tanya la macam mana rupanya..ada dia cakap..muka chubby badan boleh la kerja berkaitan tentera la macam tu..ciss sampai sana aku kutuk kutuk dia..bini coach punya cun meletup kau kata chubby..muka dah la slim badan pon slim and putih..kalau kau tgk gambar memang la cun sebab makeup tapi aku dah tengok without makeup still cun jugak..tak diragui kecantikannya,..hahaha..satu je coach aku tak pandai senyum..kalau dia senyum aku yang tergelak..lawak betul kalau dia senyum..lantak la..asal coach happy sudah..




diaorang tak bersanding pon sebab pelamin takde terus makan bersantap..je la jimat masa katekan..sapa suruh buat malam kan..lepas perut pon dah penuh jadi tenaga pon lebih jadi menggedik pon lebih




Saya doakan coach hidup bahagia bersama isteri tercinta...dan dapat anak yang ramai boleh buat team gombak pulak menggantikan kiteorang ni..aku scroll ke atas tengok lupa letak nama coach aku pulak..cerita panjang lebar..ok MOKHZANI namanya dan isterinya NORA.

Jom Kita Berkenalan

25 kate-kate kepoh

yippie yippie segmen oleh BEN ASHAARI sudah kembali lagi..mari sertai beramai ramai bagi menambah kenalan anda. SHARING IS CARING RIGHT??


tubuhnya blog tahun 2008..waktu aku tingkatan dua..so sekarang sudah nak masuk tiga tahun penubuhannya..tapi aku anggap baru dua bulan ditubuhkan sebabnya dua tahun sembilan tahun yang lalu blog aku dan aku sendiri belum matang..start je blogging balik selepas habis peperiksaan akhir tahun tingkatan 4..bayangkan la berapa lama tinggal,,ade jugak pernah publish tapi tu kadang copy and paste je..



Jumlah follower buat mase sekarang 254 orang



kalau blogwalking hanye sampai 200 tapi kadang tak jugak..dan kalau tak blogwalking tak sampai 100..sedihkan..tapi aku tak kesah..



sehari boleh buat 5 entri jugak..1 entri utama empat entri pasal contest,giveaways or luckydraw di second blog


buat mase sekarang aku makin tertarik dengan blog kak AIN ZULAIKHA yang comel ni..setiap kata kata sangat sangat best..blog dia tak payah cakap la comel jugak..



mood:sedih ;B