f

Monday, January 2, 2012

biar kita nangis kerana ALLAH, jangan kita nangis kerana MANUSIA

4 kate-kate kepoh

Assalamualaikum semua.jawab jangan tak jawab.nenek aku kata salam wajib jawab.aku tau korang tengah cakap"ngada ngada pulak budak ni"..huahua.gurau ler.aku tau sekarang dah masuk hari kedua tahun baru, tapi ada aku kesah, aku nak cakap jugak 'HAPPY NEW YEAR' geng..lagipun tiap tiap tahun bukan aku countdown pon bila masuk je new year.orang sibok menyebokkan diri tengok bunga api, wish tu wish ni,makan besar bagai, kahwin ke, jadi tunang orang ke, first date humm maybe, sambut birthday ke, tapi yang aku ni countdown dalam krokk..krokk..tak pernah ye tertahan mata nak countdown.hampehhh..aku nak wish orang pon tak, orang sibok wish kat kita,kita memang jahat kan boboi..hemm..





tiap orang ada azam berjela jela sampai cecah lantai katekan.kau ingat kau sorang je ada.aku pon ada, tapi tak la panjang, cume short and sweet aje..kehkehkeh..aku tau ha..ha mesti yang membujang tu, azam baru nak kahwin kan?? ha ha kantoii..ciss *korang mesti tgh cakap biar la..huahuahua..aleh fofular la tu azam tu..yang gadis maybe dalam eightypercent 80% confirm first nak yg beriman .walaupun pon bukan sampai hafaz al-quran janji tau dan amalkan hukum agama yg betul sahih sudah.lepas tu ala ciri ciri biasa jujur, baik, yang trust each other org kata, lepas tu kalau dapat yang kaya tujuh generasi, handsome tu kire durian runtuh.tapi jarang sekarang nak dapat durian runtuh tapi kalau dapat alhamdullilah.yang lelaki pulak 80% yang aku dengar first nak gadis yang pandai jaga perut laki.senang pandai masak la kan..lepas tu ayat popular nak yang baik, cantik, pandai ambik hati, solehah kan*cebik mulut..itu pendapat aku la yang aku dapat dari luar kotak aku...






kalau jadi student pulak, mesti la azam nak pekse nombor satu leh, straight A's la, nak dapat dekan berturut-turut confirm masuk wishlist korang.tapi susahkan nak dapat semua tu..mungkin yang berjaya alhamdullilah berjaya, tapi yang tak berjaya tak ke mendongak langit je kerja, ke jadi petani berjaya yang tanam anggur secara besar besaran di rumah Sdn Bhd..





tapi azam aku yang aku mula tanam dari formfour lagi, azam nak jadi makhluk Allah yang beriman.aku tak nak cakap orang, sebab aku sendiri tak betul.aku mula sedikit demi sedikit nak hasilkan perubahan ke atas diri aku.dulu aku pernah lupa nak tunaikan perintah DIA, aku pernah buat macam tak bersalah je..kejap buat kejap tak buat..HIPOKRIT..tapi satu hari entah macam mane mungkin lepas PMR rasanya, aku mula..entah la rasa tiba tiba je..mungkin masa tu takut nak dapat result PMR..baru PMR JE..TAPI aku masa tu takut sangat..jadi untuk hilangkan rasa takut tu, aku secara perlahan ubah perangai aku bermula dari SOLAT sebab solat tu tiang segala galanya..aku rasa sangat BODOH aku biarkan diri aku ni leka, lalai, alpa dengan semua benda.aku memang tak pernah salah kan parents aku, sebab dieorang dah bagi segala ya cuma aku yang tinggal laksanakan.rasa terharu bila time raya mak cakap "akak sekarang dah bagus, solat dah tak payah suruh suruh".mase tu aku senyum je la..alhamdullilah.rezeki aku baik, result aku sangat baik dalam PMR, dan aku boleh jadi budak science stream katekan..kehkeh,,dulu budak-budak cakap budak science stream popular..huahuahua dlu memang impian aku time form3.. ha bila dah jadi students ha hambik kau sejibik..rasa la sendiri jd budak science.Alhamdullilah, finally aku berjaya harungi semua tu dengan ada ya NYA yang membantu melancarkannya..





bukan senang dan bukan mudah juga aku nak ubah segalanya..sebabnya aku sendiri tak tetap pendirian.aku jenis yang layan je tapi aku masa ingat batas batasnya.kadang kadang berniat ni nak buat ni buat tu, tapi hampehhh habuk pon tada..kalau buat pon potong sekerat la jawab ye.aku pernah la baca mane tah, selalu la berdoa supaya mati dalam islam.kadang kadang perlakuan, perbuatan kita buat kita tak sedar kite ni dah terpesong.lepas tu aku sedar kalau mati dalam bukan islam, maknanya kita berada dalam neraka buat selama-lamanya.aku tak nak semua tu..aku tak nak..takut sangat sangat..bila aku fikir buat aku sampai aku nangis.sekarang ni pon bertakung dah.orang kata biar kita nangis la sepuas puas ye atas tikar sejadah, tapi jangan kita nangis atas kerana seorang manusia.kita mintak la bersungguh sungguh dengan dia biar sampai menangis seia ianya.dan aku pernah buat tu semua.sumpah sayu syahdu gila..




lagi aku sendiri pernah dapat mimpi, ya ALLAH aku takut sangat sangat.mase tu aku belum solat asar tak silap aku, aku mimpi pasal neraka..aku tak tau nak cakap macam mane..tapi aku bangun dari tidur aku menangis.masa tu aku doa" terima kasih ya ALLAH kau masih beri peluang". terus cepat cepat pergi ambik wudhuk.ada banyak jugak aku dapat, tapi yang paling ingat tu la..sekarang ni bila aku lupa sikit, aku macam rasa bersalah yang teramat amat sangat.rasa macam ada bom yang nak meletup kat aku..pelik kan..





mungkin korang rasa, aku ni tak malu ke jaja sikap buruk sendiri kat orang lain..tapi bukan aku senang senang nak malukan diri aku.aku cerita sebab aku ada tanggungjawab iaitu sebarkan benda baik.bukan niat aku juga nak burukkan orang lain tapi sebab aku sendiri nak orang sedar.mungkin cerita aku ni tak seberapa hebat mana tapi aku puas aku dapat luahkan.mungkin cerita aku tak dapat menyentapkan tangkai hati jantung limpa korang, tapi atleast korang baca ;D.Tu yang buat aku sayang korang.





korang doakan aku sentiasa berada dalam landasan yang betul.doakan kan dapat result gempak debabomm untuk SPM.Straight 10'A tau.nak dapat plus pon tak pe.tapi kalau dapat A minus pon syukur alhamdullilah..nanti boleh aku sambung belajar medic kan..mana tau..insyaallah..boleh sumbang bakti pada orang..