Friday, January 6, 2012

Kerja yang aku buat lepas SPM.cool tak?? huahuahua

10 kate-kate kepoh


Assalamualaikum TO ALL my lovers ;D




ingat nak update sebelum aku start kerja..tapi akibat nafsu jiwa tak cukup kuat lagi tough, jadi ngada ngada la menangguh.korang tau je la kalau dah jadi budak lepasan SPM , mestilah mula
ada yang jadi petani berjaya dekat rumah masing-masing.yang pasti menanam anggur yang ranum masaknya waa cakap lu..lepas tu kerja SUKA BIN RELA menternak TAHI di mata pada waktu pagi hingga la ke matahari dah tercacak atas kelapa...ada pulak yang rajin tahap dewa jadi petani berjaya menternak lemak lemak bagi mengisi ruang ruang kosong dalam badan..itu memang kerja kerja yang familiar la aku boleh kata.ha tipu la korang tak pernah buat..haa kantoiii sudah..




so disebabkan aku bosan tahap cipan kat rumah, dari pada aku jadi peternak atau petani berjaya kat rumah, baik aku buat something yang kena dengan jiwa.orang kata nak buat sesuatu kena ada jiwa,mesti la ada jiwa.takde alamak gerangan itu.maksudnye buat sesuatu mestila kena dengan jiwa kita bukan kerana paksa.kalau paksa buat penat je.tapi kalau rela, memang penat tapi hati nyanyi lagi KERONCONG BUAT AISHAH..keroncong tu lagu lapar tu..maap ler!! ..OK OK lagu yang gumbira gumbira..





benda yang aku buat lepas SPM mesti ler berkaitan dengan DSLR and editing..aku ni tak la pro manakan..tak macam korang yang boleh buat duit jadi photographer..aku sekadar melepaskan nafsu je..alhamdulillah akhirnya terlaksana jugak walaupun suka suka aje.asal nya tujuan nak dia jadi model, lepas tu nak shoot kat pantai ke, bendang ke.aleh aleh bukan dia je jadi model dengan barang barang dia jadi model.sebenarnya kawan aku ni online bisnes.al maklum la online bisnes MELETOP BOMM BOMM sekarang ni..jadi sepanjang cuti sekolah aku buat kerja ni la.siap makan minum mandi tidur umah dia lagi..nak beli ape ke dapat la discount..huahuahua..hambik kesempatan atas kawan sendiri..




menggunakan kemahiran yang tak seberapa untuk first shoot dengan edit guna photoscape dulu sebab tak brape yakin nak guna photoshop.saksikalaaaaaaa ala ala cikai.gaya edit budak murahan..huahuahua..kena la merendahkan diri..tunduk sikit ;D






gambar ni original tau.tarak edit ok.SUMPAH TAK TIPU!!!!.cuma tambah nama je








ha ni gambar edit cikitttt je.bagi cun sikit






ni pulak gambar yang shoot seterusnya.dah brape banyak shoot pon aku tak ingat dahhh.ni gambar menggunakan photoscape plus photoshop..aku bersungguh sungguh belajar sebab aku minat weyh..lepas blajar tu, dah la belajar sendiri memang suka tahap tahap suka la.sampai aku menjerit jerit lepas jadi ape yang aku buat..sampai mak aku marah sebab menjerit terpekik telolong kau tau..walaupun belajar simple bagi korang tapi itu cukup berbaloi bagi aku..dari tak da kan? ;D











nampok background, aku kasi tutup baik punya.lepas edit and after edit










nampak tak budak atas ni.ni la tauke dia.dia la tauke dia la model.sume bolot.ni gambar di edit guna photoshop ler.aku siap bagi kau ramping first class lagi.cun habis..huahua..gambar tu dibuat tanda bagi setiap barang.macam bawah ni







nampak??tak nampak buat nampak












ni banner aku buat atas permintaan dia.ala kadar janji dia puas aku pon puas ;D.ORI BUKAN FAKE atau CIPLAK.penat aku buat.SIMPLE BUT NICE..huahua..masuk bakul angkat sendiri la jawab nye



CHECK OUT HER FACEBOOK OKEYH !!!






ni banner baru jugak ler..skrang brani buat transparent..dulu haremm nak blajar dan nak buat..test test masuk pulak..aku tak suka yang sarat..aku suka yang ringan ringan sudah..doa aku biar aku pon ringan..kehkehkeh..



P/S; Kerja seterusnya nanti aku kasi tau ye ;D

Monday, January 2, 2012

biar kita nangis kerana ALLAH, jangan kita nangis kerana MANUSIA

4 kate-kate kepoh

Assalamualaikum semua.jawab jangan tak jawab.nenek aku kata salam wajib jawab.aku tau korang tengah cakap"ngada ngada pulak budak ni"..huahua.gurau ler.aku tau sekarang dah masuk hari kedua tahun baru, tapi ada aku kesah, aku nak cakap jugak 'HAPPY NEW YEAR' geng..lagipun tiap tiap tahun bukan aku countdown pon bila masuk je new year.orang sibok menyebokkan diri tengok bunga api, wish tu wish ni,makan besar bagai, kahwin ke, jadi tunang orang ke, first date humm maybe, sambut birthday ke, tapi yang aku ni countdown dalam krokk..krokk..tak pernah ye tertahan mata nak countdown.hampehhh..aku nak wish orang pon tak, orang sibok wish kat kita,kita memang jahat kan boboi..hemm..





tiap orang ada azam berjela jela sampai cecah lantai katekan.kau ingat kau sorang je ada.aku pon ada, tapi tak la panjang, cume short and sweet aje..kehkehkeh..aku tau ha..ha mesti yang membujang tu, azam baru nak kahwin kan?? ha ha kantoii..ciss *korang mesti tgh cakap biar la..huahuahua..aleh fofular la tu azam tu..yang gadis maybe dalam eightypercent 80% confirm first nak yg beriman .walaupun pon bukan sampai hafaz al-quran janji tau dan amalkan hukum agama yg betul sahih sudah.lepas tu ala ciri ciri biasa jujur, baik, yang trust each other org kata, lepas tu kalau dapat yang kaya tujuh generasi, handsome tu kire durian runtuh.tapi jarang sekarang nak dapat durian runtuh tapi kalau dapat alhamdullilah.yang lelaki pulak 80% yang aku dengar first nak gadis yang pandai jaga perut laki.senang pandai masak la kan..lepas tu ayat popular nak yang baik, cantik, pandai ambik hati, solehah kan*cebik mulut..itu pendapat aku la yang aku dapat dari luar kotak aku...






kalau jadi student pulak, mesti la azam nak pekse nombor satu leh, straight A's la, nak dapat dekan berturut-turut confirm masuk wishlist korang.tapi susahkan nak dapat semua tu..mungkin yang berjaya alhamdullilah berjaya, tapi yang tak berjaya tak ke mendongak langit je kerja, ke jadi petani berjaya yang tanam anggur secara besar besaran di rumah Sdn Bhd..





tapi azam aku yang aku mula tanam dari formfour lagi, azam nak jadi makhluk Allah yang beriman.aku tak nak cakap orang, sebab aku sendiri tak betul.aku mula sedikit demi sedikit nak hasilkan perubahan ke atas diri aku.dulu aku pernah lupa nak tunaikan perintah DIA, aku pernah buat macam tak bersalah je..kejap buat kejap tak buat..HIPOKRIT..tapi satu hari entah macam mane mungkin lepas PMR rasanya, aku mula..entah la rasa tiba tiba je..mungkin masa tu takut nak dapat result PMR..baru PMR JE..TAPI aku masa tu takut sangat..jadi untuk hilangkan rasa takut tu, aku secara perlahan ubah perangai aku bermula dari SOLAT sebab solat tu tiang segala galanya..aku rasa sangat BODOH aku biarkan diri aku ni leka, lalai, alpa dengan semua benda.aku memang tak pernah salah kan parents aku, sebab dieorang dah bagi segala ya cuma aku yang tinggal laksanakan.rasa terharu bila time raya mak cakap "akak sekarang dah bagus, solat dah tak payah suruh suruh".mase tu aku senyum je la..alhamdullilah.rezeki aku baik, result aku sangat baik dalam PMR, dan aku boleh jadi budak science stream katekan..kehkeh,,dulu budak-budak cakap budak science stream popular..huahuahua dlu memang impian aku time form3.. ha bila dah jadi students ha hambik kau sejibik..rasa la sendiri jd budak science.Alhamdullilah, finally aku berjaya harungi semua tu dengan ada ya NYA yang membantu melancarkannya..





bukan senang dan bukan mudah juga aku nak ubah segalanya..sebabnya aku sendiri tak tetap pendirian.aku jenis yang layan je tapi aku masa ingat batas batasnya.kadang kadang berniat ni nak buat ni buat tu, tapi hampehhh habuk pon tada..kalau buat pon potong sekerat la jawab ye.aku pernah la baca mane tah, selalu la berdoa supaya mati dalam islam.kadang kadang perlakuan, perbuatan kita buat kita tak sedar kite ni dah terpesong.lepas tu aku sedar kalau mati dalam bukan islam, maknanya kita berada dalam neraka buat selama-lamanya.aku tak nak semua tu..aku tak nak..takut sangat sangat..bila aku fikir buat aku sampai aku nangis.sekarang ni pon bertakung dah.orang kata biar kita nangis la sepuas puas ye atas tikar sejadah, tapi jangan kita nangis atas kerana seorang manusia.kita mintak la bersungguh sungguh dengan dia biar sampai menangis seia ianya.dan aku pernah buat tu semua.sumpah sayu syahdu gila..




lagi aku sendiri pernah dapat mimpi, ya ALLAH aku takut sangat sangat.mase tu aku belum solat asar tak silap aku, aku mimpi pasal neraka..aku tak tau nak cakap macam mane..tapi aku bangun dari tidur aku menangis.masa tu aku doa" terima kasih ya ALLAH kau masih beri peluang". terus cepat cepat pergi ambik wudhuk.ada banyak jugak aku dapat, tapi yang paling ingat tu la..sekarang ni bila aku lupa sikit, aku macam rasa bersalah yang teramat amat sangat.rasa macam ada bom yang nak meletup kat aku..pelik kan..





mungkin korang rasa, aku ni tak malu ke jaja sikap buruk sendiri kat orang lain..tapi bukan aku senang senang nak malukan diri aku.aku cerita sebab aku ada tanggungjawab iaitu sebarkan benda baik.bukan niat aku juga nak burukkan orang lain tapi sebab aku sendiri nak orang sedar.mungkin cerita aku ni tak seberapa hebat mana tapi aku puas aku dapat luahkan.mungkin cerita aku tak dapat menyentapkan tangkai hati jantung limpa korang, tapi atleast korang baca ;D.Tu yang buat aku sayang korang.





korang doakan aku sentiasa berada dalam landasan yang betul.doakan kan dapat result gempak debabomm untuk SPM.Straight 10'A tau.nak dapat plus pon tak pe.tapi kalau dapat A minus pon syukur alhamdullilah..nanti boleh aku sambung belajar medic kan..mana tau..insyaallah..boleh sumbang bakti pada orang..




Monday, December 26, 2011

NOVELmarathon

2 kate-kate kepoh

orang sibuk lari marathon tapi yang aku ni sibuk novel marathon.tapi ado aku kesah..setelah rasminya aku tamat menjadi pelajar sekolah menengah pada tigopulohharibulanduabelas yang lalu, aku tunaikan janji nak brainwash KEPALA yang penat "mentelaah la sangat buku" dengan novel novel yang buat aku berangan MAT JENIN MINAH JENIN.




mentang-mentang aku dah habis sekolah, asyik kena perli dengan abah aku je..tak pe bah..ke
cik hati anakmu yang comel ni*blink blink....tapi i still love u la, abah..ye la mane tak kena, baca novel boleh abis katam satu hari, tapi time study dulu punya la payah nak abiskan buku rujukan..siap kena pulun..tapi ape kesah..tu cerita lama..cerita tok kadok kan..



aku kalau dah layan novel, memang layan terus la..siap feeling feeling lagi.untuk merasakan feeling tu aku mesti berlakon aku ada di situ dalam setiap novel tu.kalau aku marah tu, sampai adik aku bising suruh diam, marah punya pasal dalam novel, aleh aleh aku yang kena.nasib je tak kena bambu dengan penyapu.kalau tak habis muka saya yang comel ni*bluekkkkk




sebelum tu terima kasih bebanyak banyak to my angkat sister..huahua..my ex bio and math teacher, my lovely, beautiful, pretty, gorgeous, solehah sister.and SECOND BEST person after my parent. MISS SITI MARIYAM ISTAMAR yang sudi bagi pinjam semua novel ni..adik comel mu ni jaga novel ni dengan baik tau sampai siap balut sekali. rindu gila nak tengok muka kak yam..kehkehkeh.saya tak de kakak tu yang buat kakak angkat ;P




baju biru kak yam yg comel and shawl rainbow aishah yang comel ;D








7HARI MENCINTAIKU by Siti Rosmizah - one word TERBAEKKKKKKKKKKKK.
tangkap leleh aku baca novel ni.dah la aku baca part half lagi nak habis diiringin okestra mp3 lagu OST Ombak Rindu si Hafiz dan Adira lagi mencurah curah ayok mata.sebenarnya aku ni kadang kadang kaki jiwang karat jugak, tapi kadang kadang la..kehkehkeh..dari sebelas novel balun ini yang terbaekk...sampai aku repeat baca dua kali dalam satu masa..tak ke bengap jugak aku ni..memang beremosi betol kisah diaorang.tapi basic cerita ni kawin agak paksa jugak la.kalau dalam ombak rindu lelaki yang jiwa keras tapi novel ni terbalik tapi perempuan yang keras.drama di mane si lelaki terpaksa ikut kemahuan rakan baik ayahnya mengahwini anak gadisnya di saat tunang perempuan ni melarikan diri.ketabahan lelaki yang sabar, tabah, menadah telinga mendengar kritikan, tuduhan, herdikan memang buat aku tangkap leleh.ending yang sangat sangat sempurna antara hero dan heroin serta famili yang cukup cukup complete.







7LAUTAN KUCARI CINTA by Nass Alina Noah - Buku pertama yang aku buka setelah sekian lama aku tinggalkan novel sebab nak fokus pada SPM.sumpah novel ni macam tak logik sikit*ni pendapat aku je, korang tak tau la.aku tak nak kene sue nanti.lilaks la dulu.tapi novel ni besttttt.Heroin ye sumpah berani mati kahwin main rembat je sape-sape yang dia jumpa dekat tepi longkang.and the thing is LONGKANG tu yang busuk tahap gaban tu jadi tempat percintaan.nasib baik rembat lelaki kaya kalau rembat bangla jual karpet, makan apa la .tajuk ni tujuhlautan sebab heronye dah pusing sampai tujuh laut pon tapi masih utuh dengan cinta yang dia jumpa di LONGKANG.jadi sapa-sapa yang teringin tu, try la pegi tepi lon
gkang mane mane and then mane tau sakut pulak dengan mamat kaya ke..ni case KALAU..kalaudapat amin..nanti jumpa aku makan nasi minyak nanti.










BAJU MELAYU HIJAU SERINDIT by SYUD - aku sebenarnya tertanya-tanya hijau serindit tu macam hijau warna baju melayu kat gambar tu ke?? sebab ye aku cuma tau hijau lembut, hijau cair, hijau biru laut, hijau pucuk pisang, hijau blablabla..sebelum ni belum lagi dengar hijau serindit.bertambah juga voca bahasa melayu aku...daripada otak berkarat..kehkehkeh..novel ni kan novel ni kan heroin ye upah someone untuk jadi her boyfriend tapi orang yang dia upah tu orang yang memang suka sama dia.upah ayok liur je la.tapi memang sangat sweet penulisan SYUD buat aku berbunga bunga soflan.heroin main jual mahal sekali sangkut sudah..yang aku tabik macam mane ayahnya test hero tu..kena jadi imam tu..mak aku baca juga buku ni, terus cakap " mak nanti nak suruh balak -balak akak jadi imam jugak la, siap baca AL QURAN sekali".ye kan aje la. itu pon kalau ado balak ye mak..









MENUNGGU HUJAN by Adileah - kisah seorang gadis yang bekerja sebagai pembantu rumah menjaga nenek yang kaya raya tapi diabaikan oleh ahli-ahli keluarganya.hero mula tertarik bila si hero yang merupakan cucu yang ke 50 balik nak ziarah neneknya.tup..tup..tup sa
ngkut cintan sama maid sendiri.ni bukan sebarang maid, ni maid ade degree class punyeee..nenek sudah suka, cucu sudah suka, tapi parent si hero la pulak tak suka, jadi terja
di la pelbagai pancaroba tsunami sebagainya.tapi novel ni aku suka heroinnya merendah diri tentang education.perlu ke kita canang kite ni itu ini itu ini, akhir sekali lingkup.pakcik aku sendiri bila orang tanya kerjaape..dia jawab kerja kilang je, tapi sebenarnya orang berpangkat besar dalam PETRONAS tu..kesimpulan:
biar jadi orang rendah,
tapi bermaruah,
jadi orang tinggi,
biar berbudi pekerti






TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH by Orkid Edyliyne - cerita lebih kurang macam novel atas tapi lebih lemak berkrim.cehh wahh.. novel ni banyak tentang korean, sampai heroinnya belajar banyak bahasa termasuklah bahasa korea.yang aku suka heroin ni adalah ketua chef di sebuah hotel milik famili nya yang larikan diri daripada kahwin dengan tunang nya yang kaki betina.lepas lari jadi maid pulak tu kat rumah orang kaya..dramatik sungguh.aku suka sikap berani mati perempuan ni menentang anak boss tu..lepas tu novel ni kata hero macam Xiah DBSK.aku try la tanya pak GOOGLE aku.handsome tuuuu tapi bukan taste aku..cehh poyo kau sha..novel ni buat aku nak try cari kerja kat rumah orang orang kaya, mana tau sangkut dengan anak diaorang tak pon sangkut dengan ayah nya pon tak pe, janji ado..kehkehkeh




BINI AKU TOMBOY KE? by Arisa Eriza - sumpah aku gelak golek golek bace novel ni.bab 18XX yang macam *@#%^& buat kat makcik polis pulak tu.kelakar habis.lepas tu yang best tu si ABG DIN yang rasa dia GAY memang kelakor.sikap cemburu buta dua lelaki yang rebutkan si TOMBOY memang buat aku gelak tak ingat dunia..lepas tu cara hidup selepas kahwin memang sumpah aku tertanya ada ke orang buat??.mesti la ada, kalau tak de masakan ada cerita tentang tu...nak tau baca sendiri la..





CINTA YANG KURASA by Anis Ayuni - pehh siapa tak kenal Anis Ayuni ni, bagi tau sikit..meh aku aku bagi tau..dia seorang novelis popular tu..agak agak kan dah berapa riban dah ada dalam bank orang orang yang tulis novel ni.ok..pandangan orang lain lain.. so pandangan aku pon lain jugak la.kalau aku la tahap buku ni OK la mungkin aku masih tahap budak KOTT tu yang kureng paham cerita berat.tapi ada orang kata best jadi baca dulu baru judge o
k..tapi yang aku baca kisah cinta yang sungguh dramatik dan pengorbanan yang membawa ending yang bahagia






SAYANGKU MERAJUK by Ayu Emelda - cerita ni not bad jugak kisah seorang isteri di tinggalkan tanpa khabar berita seorang diri kat luar negara, pregnant pulak tu..ish ishh..geram
betul time bace tapi sebenarnya ada sebab lelakinya tinggalkan dia.dan sebab itu dirahsia dari isterinya walaupun lelaki tu dah berjumpa balik dengan his wife.wife mane tak
mengamuk tahap cipan bila kena tinggal sebabi buta mcm tu..tapi si suami masih memujuk dengan pelbagai cara meskipon dgn bantuan ibu mertua dan adik ipar







RAHSIA HATI by Nazurah Aishah - wahh nama aku ade jugak sesat situ..walaupun sesat janji hado..cerita ni memang aku marah abis la..aku kalau baca novel aku bayang aku kat situ..drama betul..punya sabar makwe tahan perangai buruk balak dia, cemburu punya pasal si laki ni pergi rogol.tak ke &*%$, ish aku marah betul, lepas tu si lelaki ajak kahwin, tapi makwe nye tak nak sebab marah punya pasal.gadis ni sungguh bijak sebab lepas kena rogol terus pergi hospital untuk prevent pregnant.tapi yang lagi aku marah, bila lelaki ni cakap kat parents perempuan tu diaorang terlanjur.perhh kuongajor betul pada hal dia yang rogol bukan rela pon..tapi aku tabik sikap laki tahan sabar marah perempuan tu bila diaorang kawin, but endingnya korang yang baca tahu la




MENCARI -SUAMI@JS.COM by Normaslina Masri - Tergelak jugak aku dengar nama tajuk ni..buat masa sekarang aku tak jumpa lagi iklan ni..kalau ada bagi tau tak..nak tengok jugak..mana tau boleh buat sample..huahuahuahua..tapi lelaki yang berjaya ke peringkat akhir selepas di tapis adalah bekas pakwe dia.kalau aku pon marah, bila kena tinggal..tiba tiba datang carik balik.kuangajak betol..

Monday, December 19, 2011

JODOH PILIHAN KELUARGA *menangis tengok

4 kate-kate kepoh
selak punya selak FB aku yang ditinggal buat satu hari..aku terjumpa satu video ..ya allah tuhan sahaja tahu perasaan aku...sumpah aku tengok video ni aku nangis.mungkin aku terlalu banyak baca novel yang cerita agak sama tapi kisah ni terjadi secara realiti.



kalau ini terjadi pada aku, sumpah aku tolak habis-habisan tapi lepas tengok video betapa besarnya kuasa ALLAH.bagaimana cara ALLAH nak protect hambanya.



video ni mengesahkan seorang sweet sweet sweet girl yang ditentukan jodoh oleh parents menerima jodohnya kerana ALLAH, IBU BAPANYA dan dia sangat yakin dengan keputusan itu walaupun dia tak kenal langsung mamat tu


tengok je la..aku sendiri tak tau nak kate ape








p/s: aku harap jodoh aku jugak jodoh yang barakah dan boleh sampai ke JANNAH ;D
dan aku harap aku dilindungi oleh ALLAH daripada melakukan maksiat

Friday, December 9, 2011

ENTRY HOT: PENEMUAN TERBARU YANG KORANG TAK JANGKA

0 kate-kate kepoh

ni aku tengok dengan kepala lutut aku sendiri








memang sangat dahsyat











menggerunkan









mengiurkan*tak kot









SPEECHLESS!!!!


question mark Pictures, Images and Photos


tekan la sini kalau korang nak tau ape dia..

Friday, August 12, 2011

AKU JUMPE TORRES DEPAN MATE!!!

3 kate-kate kepoh




Assalamualaikum dan apa khabar komo komo semua.sihat tak..mesti la sihat..tengok gaya korang bukak pose pon dah tau..ha hambik kau makanan berbukit-bukit..air berjag-jag..aleh-aleh makan sikit je..*puiii aku la tu..


Selamat berpuasa,selamat berbuka puasa, selamat baru nak puase, selamat berimsak, selamat membatalkan puasa kepada orang-orang yang berkenaan..kehkehkeh..bia satu ayat je..


Mungkin ape yang aku nak luahkan mungkin sudah basi..tapi korang tak tau kan kualiti basi tu gred ape..A . B . C. D..............Z.korang nilai la sendiri.ini kisah perjalanan aku yang serba ringkas lagi padat dengan gossip...bermula awal tahun sehingga la sekarang



25 DISEMBER 2010


Berpindah dari rumah tumpah darah lahir adik-adik ku bukan aku..aku mula hidup di rumah itu dari darjah 3 iaitu zaman compang comot, tudung senget, balik je sekolah kotor je baju sebab kene ice-cream Malaysia yang jual duapuluhsen, zaman main tiang waktu rehat dekat sekolah agama, main lari-lari sambil angkat-angkat kain...sila la sambung sendiri..kembali sudah..aku berpindah ke rumah sewa dan berjiran dengan nenek ku sendiri..pagar kasi kopak habis buat laluan senang keluar masuk..tak payah nak lalu pagar besi...rumah sewa hanya la sementara sebelum rumah sebenar-benar-benar-benarnya didirikan



3 JANUARI 2011...kot (bukak sekolah)


Pertama kali jejakkan kaki ke sekolah yang penuh asing sesangat-sangat lah..sekali masuk..betis-betis yang putih mahupun gelap terhidang di depan mata..*ayat macam tuiii..seperti alien yang baru sampai bumi..SPEECHLESS!!!..entah..mase tu blurr,mengelabah, cover jadi perempuan terakhir,hipokrit , takut semuanya ada mase tu..before masuk sekolah, dapat tau aku lah pelajar melayu yang masuk ke bidang sains stream..ok lah..itu biase aje rase..ingatkan ada la budak melayu lain..tup..tup..tup..dengan muke blurr ye mencari class ku..dan akhir ye jumpe..ape lagi budak-budak ye pon pelik bin ajaib la..tibe-tibe ade alien yang cute ni masuk..*sile lempang laju-laju..so ade la bertanya jadi aku pon jawab la ape yang patut..dari td dieorang dok tanye mengalahkan pakcik polis jage balai polis,aku pon tanye la balik..dengan penuh tata bin tertib la aku bertanya..”saya dapat tahu ade budak melayu lain..siapa dia?”..dpt jwpn “mana ada, awak sorang saje budak melayu dalam class ni”...perhhhh mase tu buat muke terkejut kuda la..aku siapa tanya ulang-ulang kali..mase tu terase menggigil satu badan cume tak kena Parkinson..



Pertama kali jejak ke class baru..ingatkan nak duduk belakang tapi..aku pergi berdiri kat belakang macam nak nyanyi lagu Negaraku..tibe-tibe amoi banyak cute panggil aku..”awak duduk depan sini”..laju macam lipas kudung aku pergi..duduk depan sekali dengan papan hijau sebelah meja cikgu..pehh memang kena jadi budak baik la..hari pertama budak sebelah sembang dgn aku pasal K-POP..aku bukan seorang yang obsess dgn k-pop tapi masih seorang yg up to date bukan katak bawah periuk..jadi aku pon layan kan aje..



Nak lagi best..aku dengan pertama kalinye di beri mandat dari class yang tercinta 5D2..menjadi penolong kelas...mase kena calon tu..aku macam orang hilang akal...tak tau nak buat ape..aku ikut je rentak dieorang..kang sembur aku yang kene balik..dah la budak baru dah berlagak..aku tak nak dilabelkan sebegitu rupa.lepas tu aku di bagi senarai nama budak oleh ketua...perhhh jenuh nak menghafal nama dieorang...nama Chinese dah la panjang tapi tak panjang mane sebab nama aku paling panjang dlm list name tu.36 name Chinese aku kena hafal..memakan mase sebulan jugak nak ingat...antara aku keliru ONG JING YIN and ONG JIN YING..ini ade la 2 orang...care aku nak ingat dengan dgn tulisan dieorang..bengong tol..



SEKARANG..BULAN 8


Alhamdullillah, syukur kehadrat illah, aku menjalani hari-hari dengan penuh tabah.terus terang la sememang ye aku memang menjadi “pelakon” di situ..aku cuba untuk tak jadi someone else, aku nak jadi real AISHAH ok.mungkin factor kawan membuat aku jadi begini..di sekolah lame, aku menjadi real AISHAH..seorang yang berani, yang jahat lagi kejam juga sekali sekala, seorang yang cakap lepas, dan suke gelak tak ingat dunia..tapi bila di sekolah baru, aku berubah 180 darjah..aku jadi kurang bran, jadi sangat baik kot, sekarang cakap control ayat dan nak gelak pon aku control..ini semua berlaku hanye di dalam sekolah..tapi bila aku keluar sekolah, aku jadi orang lain...mungkin aku jadi lebih faham erti hidup selepas aku bergaul dengan cikgu-cikgu yang aku jadikan kakak angkat, jadi mentor dalam hidup, dn juga guide line untuk aku Berjaya dlm sekolah tu..denga adenye dieorang..aku ade tempat untuk dijadikan tmpt nak dgn luahan hati..sebelum tu cikgu-cikgu ni bukan mak mak orang ni...kalau mak mak orang jd kakak angkat aku memang tak kena la..dah la cikgu-cikgu ni bawak aku mane-mane sahaja..tu yang sayang lebih tu..


mereka antara anugerah yang ditemukan untuk aku bg menghangatkan hidup aku

aku, mira, afrina, kak yam a.k.a cikgu biology ku di sekolah


Sekarang aku menggalas tanggungjawab yang amat amat la berat sebagai waris tunggal tunggol tunggil form 5 aliran science stream untuk dptkan 10 A..bila di fikirkan memang tak tercapai akalku..*dah macam lagu elyana..kadang-kadang rase nak lari je..bile cikgu-cikgu harap pada aku memang sesuatu beban yang berkilo-kilo beratnya..tapi ape ape pon aku kene move on..aku tak boleh give up dan allah akan bagi something special kalau ape yang kite buat perlulah ade usaha dan tawakal..kalau pakai doa tak usaha memang tak jalan la mak bedah oiii..




dan aku tak kan lupe pada kawan-kawan dolu-dolu yang sentiase menceriakan, menghangitkan, menghangatkan hidup aku..tak kan aku lupe punye..KITE KAWAN KAN?? ;D




P/S: weyh tajuk tak de kene mengenakan..huahuahuahua


Wednesday, August 10, 2011

lambaian tangan

4 kate-kate kepoh

mukadimah untuk entry pertama setelah beribu-ribu jam di tinggalkan untuk kembali berblogging.mari la kite menyingkap sejarah lalu, yang mane aku berhenti blogging bila mulanya persekolahan bagi 2011.yang mane terlalu banyak hal yang memaksa aku berhenti dari berblogging..antaranya:

  • kena potong internet sebab problem dengan line..ade orang curi cable..kentot tul
  • ketidakhadiran broadband yang sungguh lambat nak dtg.sebenarnye tunggu promosi..sekarang baru dapat
  • faktor M yang menebal yang sememang sudah tertempek dlm diri ni
  • kekosongan idea nak menulis tetapi sebenarnya berlimpah-limpah idea*pelik kan
  • stress yang melanda diri kerana perlu berlakon setiap hari*sampai org kate aku dah kurus..huahuahua..aku SUKE GILE..tapi bila timbang same je angke..
  • sebagai seorang pelajar perlu limitkan hiburan..propa semata-mata
  • faktor suka bola sekarang walaupun malaysia dah kalah tapi tetap bangge.*boleh terima tak alasan ni
  • dah nak pindah rumah baru..rumah betul ye..bukan tipu-tipu..ORIGINAL lagi TULEN
  • PALING PENTING DAH NAK SPM


GAMBAR DI ATAS MENUNJUKKAN KEHIDUPAN AKU.KORANG BELEK LA GAMBAR TU.MEMANG TAK LAWA SEBAB HITAM KAN??CAKAP JE TAK YAH COVER..AKU SEDAR SEMUA TU..TAPI ADE AKU KESAH..JANJI AKU KENAL SAPE AKU..

P/S; akan kembali kisah ku di dunia ASING