f

Monday, December 26, 2011

NOVELmarathon

2 kate-kate kepoh

orang sibuk lari marathon tapi yang aku ni sibuk novel marathon.tapi ado aku kesah..setelah rasminya aku tamat menjadi pelajar sekolah menengah pada tigopulohharibulanduabelas yang lalu, aku tunaikan janji nak brainwash KEPALA yang penat "mentelaah la sangat buku" dengan novel novel yang buat aku berangan MAT JENIN MINAH JENIN.




mentang-mentang aku dah habis sekolah, asyik kena perli dengan abah aku je..tak pe bah..ke
cik hati anakmu yang comel ni*blink blink....tapi i still love u la, abah..ye la mane tak kena, baca novel boleh abis katam satu hari, tapi time study dulu punya la payah nak abiskan buku rujukan..siap kena pulun..tapi ape kesah..tu cerita lama..cerita tok kadok kan..



aku kalau dah layan novel, memang layan terus la..siap feeling feeling lagi.untuk merasakan feeling tu aku mesti berlakon aku ada di situ dalam setiap novel tu.kalau aku marah tu, sampai adik aku bising suruh diam, marah punya pasal dalam novel, aleh aleh aku yang kena.nasib je tak kena bambu dengan penyapu.kalau tak habis muka saya yang comel ni*bluekkkkk




sebelum tu terima kasih bebanyak banyak to my angkat sister..huahua..my ex bio and math teacher, my lovely, beautiful, pretty, gorgeous, solehah sister.and SECOND BEST person after my parent. MISS SITI MARIYAM ISTAMAR yang sudi bagi pinjam semua novel ni..adik comel mu ni jaga novel ni dengan baik tau sampai siap balut sekali. rindu gila nak tengok muka kak yam..kehkehkeh.saya tak de kakak tu yang buat kakak angkat ;P




baju biru kak yam yg comel and shawl rainbow aishah yang comel ;D








7HARI MENCINTAIKU by Siti Rosmizah - one word TERBAEKKKKKKKKKKKK.
tangkap leleh aku baca novel ni.dah la aku baca part half lagi nak habis diiringin okestra mp3 lagu OST Ombak Rindu si Hafiz dan Adira lagi mencurah curah ayok mata.sebenarnya aku ni kadang kadang kaki jiwang karat jugak, tapi kadang kadang la..kehkehkeh..dari sebelas novel balun ini yang terbaekk...sampai aku repeat baca dua kali dalam satu masa..tak ke bengap jugak aku ni..memang beremosi betol kisah diaorang.tapi basic cerita ni kawin agak paksa jugak la.kalau dalam ombak rindu lelaki yang jiwa keras tapi novel ni terbalik tapi perempuan yang keras.drama di mane si lelaki terpaksa ikut kemahuan rakan baik ayahnya mengahwini anak gadisnya di saat tunang perempuan ni melarikan diri.ketabahan lelaki yang sabar, tabah, menadah telinga mendengar kritikan, tuduhan, herdikan memang buat aku tangkap leleh.ending yang sangat sangat sempurna antara hero dan heroin serta famili yang cukup cukup complete.







7LAUTAN KUCARI CINTA by Nass Alina Noah - Buku pertama yang aku buka setelah sekian lama aku tinggalkan novel sebab nak fokus pada SPM.sumpah novel ni macam tak logik sikit*ni pendapat aku je, korang tak tau la.aku tak nak kene sue nanti.lilaks la dulu.tapi novel ni besttttt.Heroin ye sumpah berani mati kahwin main rembat je sape-sape yang dia jumpa dekat tepi longkang.and the thing is LONGKANG tu yang busuk tahap gaban tu jadi tempat percintaan.nasib baik rembat lelaki kaya kalau rembat bangla jual karpet, makan apa la .tajuk ni tujuhlautan sebab heronye dah pusing sampai tujuh laut pon tapi masih utuh dengan cinta yang dia jumpa di LONGKANG.jadi sapa-sapa yang teringin tu, try la pegi tepi lon
gkang mane mane and then mane tau sakut pulak dengan mamat kaya ke..ni case KALAU..kalaudapat amin..nanti jumpa aku makan nasi minyak nanti.










BAJU MELAYU HIJAU SERINDIT by SYUD - aku sebenarnya tertanya-tanya hijau serindit tu macam hijau warna baju melayu kat gambar tu ke?? sebab ye aku cuma tau hijau lembut, hijau cair, hijau biru laut, hijau pucuk pisang, hijau blablabla..sebelum ni belum lagi dengar hijau serindit.bertambah juga voca bahasa melayu aku...daripada otak berkarat..kehkehkeh..novel ni kan novel ni kan heroin ye upah someone untuk jadi her boyfriend tapi orang yang dia upah tu orang yang memang suka sama dia.upah ayok liur je la.tapi memang sangat sweet penulisan SYUD buat aku berbunga bunga soflan.heroin main jual mahal sekali sangkut sudah..yang aku tabik macam mane ayahnya test hero tu..kena jadi imam tu..mak aku baca juga buku ni, terus cakap " mak nanti nak suruh balak -balak akak jadi imam jugak la, siap baca AL QURAN sekali".ye kan aje la. itu pon kalau ado balak ye mak..









MENUNGGU HUJAN by Adileah - kisah seorang gadis yang bekerja sebagai pembantu rumah menjaga nenek yang kaya raya tapi diabaikan oleh ahli-ahli keluarganya.hero mula tertarik bila si hero yang merupakan cucu yang ke 50 balik nak ziarah neneknya.tup..tup..tup sa
ngkut cintan sama maid sendiri.ni bukan sebarang maid, ni maid ade degree class punyeee..nenek sudah suka, cucu sudah suka, tapi parent si hero la pulak tak suka, jadi terja
di la pelbagai pancaroba tsunami sebagainya.tapi novel ni aku suka heroinnya merendah diri tentang education.perlu ke kita canang kite ni itu ini itu ini, akhir sekali lingkup.pakcik aku sendiri bila orang tanya kerjaape..dia jawab kerja kilang je, tapi sebenarnya orang berpangkat besar dalam PETRONAS tu..kesimpulan:
biar jadi orang rendah,
tapi bermaruah,
jadi orang tinggi,
biar berbudi pekerti






TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH by Orkid Edyliyne - cerita lebih kurang macam novel atas tapi lebih lemak berkrim.cehh wahh.. novel ni banyak tentang korean, sampai heroinnya belajar banyak bahasa termasuklah bahasa korea.yang aku suka heroin ni adalah ketua chef di sebuah hotel milik famili nya yang larikan diri daripada kahwin dengan tunang nya yang kaki betina.lepas lari jadi maid pulak tu kat rumah orang kaya..dramatik sungguh.aku suka sikap berani mati perempuan ni menentang anak boss tu..lepas tu novel ni kata hero macam Xiah DBSK.aku try la tanya pak GOOGLE aku.handsome tuuuu tapi bukan taste aku..cehh poyo kau sha..novel ni buat aku nak try cari kerja kat rumah orang orang kaya, mana tau sangkut dengan anak diaorang tak pon sangkut dengan ayah nya pon tak pe, janji ado..kehkehkeh




BINI AKU TOMBOY KE? by Arisa Eriza - sumpah aku gelak golek golek bace novel ni.bab 18XX yang macam *@#%^& buat kat makcik polis pulak tu.kelakar habis.lepas tu yang best tu si ABG DIN yang rasa dia GAY memang kelakor.sikap cemburu buta dua lelaki yang rebutkan si TOMBOY memang buat aku gelak tak ingat dunia..lepas tu cara hidup selepas kahwin memang sumpah aku tertanya ada ke orang buat??.mesti la ada, kalau tak de masakan ada cerita tentang tu...nak tau baca sendiri la..





CINTA YANG KURASA by Anis Ayuni - pehh siapa tak kenal Anis Ayuni ni, bagi tau sikit..meh aku aku bagi tau..dia seorang novelis popular tu..agak agak kan dah berapa riban dah ada dalam bank orang orang yang tulis novel ni.ok..pandangan orang lain lain.. so pandangan aku pon lain jugak la.kalau aku la tahap buku ni OK la mungkin aku masih tahap budak KOTT tu yang kureng paham cerita berat.tapi ada orang kata best jadi baca dulu baru judge o
k..tapi yang aku baca kisah cinta yang sungguh dramatik dan pengorbanan yang membawa ending yang bahagia






SAYANGKU MERAJUK by Ayu Emelda - cerita ni not bad jugak kisah seorang isteri di tinggalkan tanpa khabar berita seorang diri kat luar negara, pregnant pulak tu..ish ishh..geram
betul time bace tapi sebenarnya ada sebab lelakinya tinggalkan dia.dan sebab itu dirahsia dari isterinya walaupun lelaki tu dah berjumpa balik dengan his wife.wife mane tak
mengamuk tahap cipan bila kena tinggal sebabi buta mcm tu..tapi si suami masih memujuk dengan pelbagai cara meskipon dgn bantuan ibu mertua dan adik ipar







RAHSIA HATI by Nazurah Aishah - wahh nama aku ade jugak sesat situ..walaupun sesat janji hado..cerita ni memang aku marah abis la..aku kalau baca novel aku bayang aku kat situ..drama betul..punya sabar makwe tahan perangai buruk balak dia, cemburu punya pasal si laki ni pergi rogol.tak ke &*%$, ish aku marah betul, lepas tu si lelaki ajak kahwin, tapi makwe nye tak nak sebab marah punya pasal.gadis ni sungguh bijak sebab lepas kena rogol terus pergi hospital untuk prevent pregnant.tapi yang lagi aku marah, bila lelaki ni cakap kat parents perempuan tu diaorang terlanjur.perhh kuongajor betul pada hal dia yang rogol bukan rela pon..tapi aku tabik sikap laki tahan sabar marah perempuan tu bila diaorang kawin, but endingnya korang yang baca tahu la




MENCARI -SUAMI@JS.COM by Normaslina Masri - Tergelak jugak aku dengar nama tajuk ni..buat masa sekarang aku tak jumpa lagi iklan ni..kalau ada bagi tau tak..nak tengok jugak..mana tau boleh buat sample..huahuahuahua..tapi lelaki yang berjaya ke peringkat akhir selepas di tapis adalah bekas pakwe dia.kalau aku pon marah, bila kena tinggal..tiba tiba datang carik balik.kuangajak betol..

Monday, December 19, 2011

JODOH PILIHAN KELUARGA *menangis tengok

5 kate-kate kepoh
selak punya selak FB aku yang ditinggal buat satu hari..aku terjumpa satu video ..ya allah tuhan sahaja tahu perasaan aku...sumpah aku tengok video ni aku nangis.mungkin aku terlalu banyak baca novel yang cerita agak sama tapi kisah ni terjadi secara realiti.



kalau ini terjadi pada aku, sumpah aku tolak habis-habisan tapi lepas tengok video betapa besarnya kuasa ALLAH.bagaimana cara ALLAH nak protect hambanya.



video ni mengesahkan seorang sweet sweet sweet girl yang ditentukan jodoh oleh parents menerima jodohnya kerana ALLAH, IBU BAPANYA dan dia sangat yakin dengan keputusan itu walaupun dia tak kenal langsung mamat tu


tengok je la..aku sendiri tak tau nak kate ape








p/s: aku harap jodoh aku jugak jodoh yang barakah dan boleh sampai ke JANNAH ;D
dan aku harap aku dilindungi oleh ALLAH daripada melakukan maksiat

Friday, December 9, 2011

ENTRY HOT: PENEMUAN TERBARU YANG KORANG TAK JANGKA

0 kate-kate kepoh

ni aku tengok dengan kepala lutut aku sendiri








memang sangat dahsyat











menggerunkan









mengiurkan*tak kot









SPEECHLESS!!!!


question mark Pictures, Images and Photos


tekan la sini kalau korang nak tau ape dia..