f

Wednesday, May 16, 2012

Aku lari dari sekolah dan rembat buku kawan soroksorok.best pulak bila buat.HAPPY TEACHER'S DAY

11 kate-kate kepoh
Assalamualaikum,



A teacher who is attempting to teach without inspiring the 

pupil with a desire to learn is hammering on cold iron. 
                                                                                                                                                                                 
                                                            -  Horace Mann -



Aku sedang layan Cikgu Timah Tukar Sekolah.   Scha Al-Yahya, Remy Ishak dan supercute talkative boy yang tak tahu namanya tapi selalu berlakon.Tele sempena Hari Guru.Not bad  sebab ni drama comedy.boleh nuntun samasama famili.Lagi makabah aku cikgu kan kan kan, so sesuai sangat sangat untuk diaorang.HAHAHA


Agak lambat entry ni post.malam malam baru nak wish Happy Teacher's Day.Tak beradap punya budak.Bila ingat balik, sudah dua tahun aku tak bagi hadiah dekat cikgucikgu.Dulu time kecik-kecik, sibuk "mak nak bagi hadiah apa? abah nak bagi ape kat cikgu?". menjerit jerit nak.gedebak gedebuk dengan adik berebut hadiah.kelakar ingat balik.Disebabkan mak dulu lebih popular dari abah, so my mom got many present from her students.Every years dapat.Kumpul punya kumpul makin banyak la.So solution untuk kitaorang adik beradik adalah RECYCLE.method paling MESRA ALAM.tak payah nak keluar duit dah.


Sekarang aku pikir balik, kenapa aku bengap sangat pergi berebut rebut dulu.buang karen je.Berebut nak hadiah.pada hal untuk cikgu bukan untuk aku.ha adalah.bukan seatkat recycle hadiah.mak aku recycle pembalut hadiah sekali.jimat kos.SAVING is important for future kan kan.HAHAHA.kiteorang la tu future ye.disebabkan my mum mengajar sekolah rendah.budak tocik tocik.comei comei.senget senget.tudung selekeh selekeh. hidung hingus hingus. main tiang kat sekolah agama.main kejar kejar.PEACE macam aku la tu..so kalau sekolah rendah ni, budakbudak mesti bagi hadiah punya.tak kira la besar ke kecik je.janji bagi.anakanak mak aku yang untung.


kan mukadimah aku panjang.disebabkan aku agak dikatakan budak baik.wekkk..ada siapa siapa nak bagi penyepak boleh beratur sekarang.tapi betul la.aku tak kan bagi masalah besarbesar kat cikgu sebab aku kat pelajar baik lagi sweet.*wink wink.kalau ada pon aku soroksorok.buat belakang cikgu.ada kes aku buat tapi mak ayah aku tak tau sampai sekarang.makcik aku sorang je tau.kalau  makabah aku stalk blog aku, then entah tak tau la.


Waktu darjah 3.aku ada buat benda gila.gara-gara aku tak bawak buku matematik.aku lari balik.nak di jadikan cerita.rumah aku agak jauh dari rumah.pagipagi abah akan hantar naik motosikal pergi taska sebab nak letak baju dengan beg.as you know, taska tempat budakbudak mandi makan sebelum nak ke sekolah petang ye.macam aku petang ke sekolah kebangsaan.sebelum masuk kelas, kami kami tunggu di kantin.semua siapkan kerja sekolah.sekali aku tengok buku matematik aku takde dalam beg.mak!! mak !!! takde buku.puas selokar tonggang terbalik beg aku buat.


Dengan keresahan yang melanda ditambah ketakutan tiba-tiba, i make a idiot decision.dalam kepala ni, nak buku nak buku.aku mintak kawan aku teman kan balik rumah.DIANA.yeahh that name.aku ingat sampai sekarang.mula mula kitaorang jalan je.aku jalan punya cepat.aku marahmarah dia cepat la cepat la. sekali aku tengok jam, arghhh lambat.aku lari sepantas yang mungkin.aku tinggalkan kawan aku tu macam tu je.pikir la macam mane perasaan dia.tapi aku tak pikir apa.janji buku.aku melintas jalan besar.punya banyak kerata.aku redah.alhamdulillah ALLAH panjangkan umur aku lagi.sekali sampai rumah, i'm so lucky.makcik aku ada kat rumah.habis aku kena marah.mak abah aku tak tahu.


Sampai sekolah lepas dihantar oleh makcik aku, aku bersama buku dan bersama senyuman penuh keseronokan masuk dengan selambanya.sampai kat kelas.kawan aku tu nangisnangis.Cikgu aku cari aku tanya aku pergi mana.aku jawab la.sekali cikgu tu cerita.Diana cakap awak kena culik dengan negro.Ha aku terkejut.Diana cakap belakang aku ada orang negro.pastu dia tengok aku hilang.sebab tu dia kata aku kena culik.sorry babe, aku buat kau macam tu.sampai sekarang aku lost contact dengan budak darjah1-3 sekolah lama aku.sorang pon aku takde disebabkan aku pindah waktu cuti sekolah.


Lepas masuk kelas dengan hati yang lega gila, cikgu math mintak buku.HA waktu tu bangga riak la ada bawak buku.cehh padahal lari balik rumah ambik buku.sekali ada jugak budak tak bawak.yang aku kesal gila.cikgu marah sikit je.ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH AKU BENGANG GILA.kenapa aku lari semata mata nak ambik buku.benda paling bodoh aku buat.macam mana budak baru darjah tiga pikir tinggi melangit macam tu.


tu baru darjah tiga.waktu aku form 5.bunyi macam dah lama habis sekolah.padahal baru enam bulan je.subjek math and addmath aku agak lambat nak siap kerja.bila tiba subjek math babbab terakhir yang agak susah, aku pon susah hati.bila teacher suruh siapkan exercise book and submit that book on same day, aku gabra.yang aku buat adalah aku buat lambatlambat.yang dah siap boleh hantar.waktu tu ramai yang dah siap.so mereka submit la.aku nak siap macam mana kalau aku tak tahu nak buat.yang tak siap boleh hantar awal pagi sebelum 7.30 am esok.





nak dijadikan cerita, aku memang selalu datang awal ke sekolah sebab abah aku cikgu jugak.kehkehkeh.jadikan aku masuk bilik guru, then pergi meja teacher, then ambik salah satu buku, HA apa lagi mula subjek tiru meniru.sepantas mungkin aku buat janji siap.dah siap, tengok line bagus sikit, aku masuk dan hantar balik.keluar dengan hati yang gumbira.selalu jugak buat macam tu.korang jangan ikut pulak.tu baru subjek math.subjek ADDMATH lagi teruk.sumpah aku sangat bengap dalam addmath.langsung tak tau nak start macam mana.blurrr. kosong. kosong.blank. yang tolong aku, adalah budak sebelah aku.her nama SIEW HIAN.aku buat muka tebal nak tiru dia.tapi takla tebal sangat.sebab dia tiru aku waktu bahasa melayu.so guna sistam barter la.Syukur alhamdulillah math and addmath aku A.tiru tiru mesti masuk otak.jangan setakat tiru je.tak guna.buang masa je.






Aku lambat wish tapi ada aku kesah.I want to wish to my beloved parent Cikgu Azli and Cikgu Norlizah.They were the first teachers in my life.and memang diaorang real punya cikgu.sekarang mengajar anak-anak cina sebab dah ada sekolah cina je kat sini.HAHAHA.and to my beloved sister Cikgu Siti Mariyam Istamar.thank u for being my mentor, my sister, my biology techer, my tuition teacher and my guideline.thank you sebab bagi rasa ada seorang kakak dan bagi saya merasa jadi adik.ohh one more thank you sebab bagi pinjam segala novel novel.and to all my teachers yang mengajar aku dari Tadika Islam, Sk Sungai Buloh, SK Merbau Sempk, SMK Bukit Gading dan SMJK Yoke Kuan.Terima kasih kerana menjadikan anak murid mu ini boleh sampai ke tahap sekarang.




CIKGU SUHANA AND CIKGU SITI MARIYAM





p/s:Tajuk macam ngek sikit "_"